Selasa, 5 Februari 2013

3N...Jin Dalam Pejabat...

Semasa saya menyalurkan aura ke tapak
tangan kirinya...tiba-tiba Nr membuka
mata dan meneliti tangan kanannya...

Semasa dibuat pengisian tadi...tiba-tiba
saja Nr merasakan  jari-jari  dan  kuku
tangan kanannya menjadi panjang...
namun  tidak  ada  apa yang berlaku di-
situ...

Sudah  hampir  sebulan  Nr  mengalami
gangguan...sebaik  sahaja  masuk  ke-
dalam pejabat..tiba-tiba saja badannya
terasa berat seperti memikul benda berat
sehingga kadang-kadang menyebabkan 
kesakitan pada belakang dan pinggang-
nya...

Nr menjadi  letih  lesu...dan pemarah...
kerja-kerjanya pula sudah banyak yang
terbengkalai kerana letih dan hilang
semangat kerja...

Tapi sebaik sahaja keluar...Nr akan rasa
selesa dan normal semula...

Nr menutup  matanya  semula dan saya
mula merukyahnya berserta pernafasan...

Ketika  itu  Nr  jelas  terbayang  sebuah
cermin yang dilumur darah...dan Nr pasti
ia adalah cermin yang di pasang ber-
hadapan pintu masuk pejabatnnya...

Cermin itu dipasang oleh rakan-rakan Cina
dan tujuannya untuk menghalang tenaga
jahat daripada masuk pejabat mereka...

Kemudian Nr ternampak benda yang men-
dampingi cermin tersebut ( jin )..

Tubuh makhluk itu 'berwarna' jernih dan
kerana itu Nr sendiri tidak dapat memasti-
kan samada ianya jantan atau betina...

...namun yang pasti...ada angin bisa jin ter-
sebut dalam badan Nr...

Keputusan 'scan' menunjukkan makhluk ter-
sebut duduk di pejabat dan ia akan duduk
atau bergayut di badan Nr ketika masuk
pejabat...

Kerana itulah Nr merasakan badannya berat
seperti memikul beban berat dan letih lesu
tanpa sebab munasabah...

3 Nota

1.Pejabat itu jadi tempat keras kerana ada
tangkal...dan persembahan darah biasanya
akan menyebabkan jin menjadi lebih kuat
selain kerana dipuja atau dianggap hebat...

2.Rahsia di sebalik Nr menjadi pilihan gang-
guan itu...ialah kerana Nr juga ada jin saka
dan kerana itulah ia terasa jari dan kukunya
menjadi panjang...

Kalau  anda  ada jin saka...selain serangan
anda juga berkemungkinan besar menjadi
tumpuan jin baru sebagai 'rumah'...atau
malah sasaran jin sihir...

Ia disebabkan kerana angin bisa jin saka
dalam badan juga boleh menjadi laluan
juga penempatan jin lain...

3.Apabila anda menghadapi keadaan yang
sama...maka anda hendaklah ada per-
sediaan sebelum masuk ke tempat tersebut.

Tempat tinggal jin saka atau jin puja akan
dipenuhi oleh aura negatif ( jin )...maka
apabila anda masuk...bererti anda sedang
' berendam ' di dalamnya...

...dan biasanya keadaan ini menjadi suatu
kelebihan pada jin setempat untuk menye-
rang atau mengganggu anda...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan