Jumaat, 27 April 2012

Angin Bisa (41)...Jin Pindah 'Rumah' ?

"...Ada orang sakit hati pada anak saya kan ?..." cepat
saja ibu itu bertanya...

Kalau difikirkan...memang mudah saja ibu itu 'merasa
tahu' angkara siapa yang menyebabkan anak
perempuannya sakit...

Apabila anaknya bertunang semula setelah putus tunang
sebelumnya...tiba-tiba saja anaknya itu jatuh sakit...ia
merasa  sakit  pada  bahagian  bahu yang kemudiannya
melarat  kebahagian  tengkuk serta ke bahagian kepala.

Kerana itu juga ia dipanggil pulang kekampung oleh ibu-
nya....sambil berubat...

Yang paling mudah difikir...ialah ia tentunya ulah bekas
tunangnya tersebut...

"..kalau kau tengok..siapa yang buat..."tanya ibu itu pada
saya...terus terang saya jawab tidak tahu...saya tak pan-
dai 'tengok' jarak jauh...

..cuma saya beritahu anak perempuannya itu pasang niat
nak tengok punca sakit dan gangguan semasa dirukyah...

Dua puluh minit rukyah..anaknya itu beritahu tak nampak
apa-apa..tapi apabila saya bertanya adakah ia ingat seseor-
ang semasa dirukyah...ia beritahu...ada...iaitu rakan pere-
mpuan sekerjanya...

Rakannya  itu  sering tidur dibiliknya dan antara perkara
yang  diperhatikannya siapa sahaja orang yang berselisih
faham dengannya...pasti akan jatuh sakit...

Rakannya itu juga takut berseorangan atau diam dikhala-
yak ramai...serta selalu mengigau masa tidur...

Sebenarnya  anak  perempuannya itu bukannya kena sihir
tapi ada tanda-tanda sebahagian makhluk halus pendam-
ping rakannya itu telah berpindah kepadanya...

Sejak ia mula sakit ia juga akan merasa pening sakit kepala
dan amat lesu biarpun ia baharu saja berniat hendak solat
atau membaca Qur'an seperti sebelumnya...

Biasanya kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang di sen-
gajakan...tapi ia lebih kepada jin pendamping sesorang itu
memilih oarang lain sebagai 'rumah baharu'nya...

Gejala sakitnya bukan nak membinasakan seperti mana
sihir biasa..tapi lebih kepada gejala jin nak bina 'rumah
selamat dan selesa'...

Namun hasil akhirnya adalah sama..iaitu...binasa..kecuali
Tuhan mengkhendaki hasil yang sebaliknya...

Dua puluh minit rukyah agak singkat bagi gangguan yang
sudah berbulan lamanya...tapi dengan izin Tuhan...ia
cukup untuk membuat pesakit merasakan kedua belah
bahu..serta tengkuknya terasa panas membahang....dan
kepalanya pula terasa berat...

Kerana agak mengejar masa...saya sambung dengan kaedah
cubit cabut yang bagi saya antara cara yang agak 'ekstrim'
untuk jin...bukan saja boleh mencedera...malah mungkin
boleh membunuh jin yang lemah dan berupa sebesar semut.

Dengan izin Tuhan..ia sekadar memerlukan masa beberapa
minit saja...hingga hilang bahang panas juga berat kepalanya.

Wallohu a'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan