Khamis, 29 Mac 2012

Di Ufuk Timur (50)...Alahai Mata Kepala !

Cuba anda huraikan apa yang anda lihat dalam gambar ini dengan mengikut pandangan mata kepala...semata-mata....dan mungkin saya boleh bantu sikit....


1.Gunung Kinabalu dan bangunan itu terletak dibawah
pokok durian....


...juga kita dapat lihat awan di bawah pokok tersebut...


2.Di atas pokok itu ada beberapa biji buah durian dan
dua biji darinya 'duduk' atas gunung...


3.Sebahagian daripada buah durian itu kalau gugur...
maka  ia  gugur atas gunung...manakala  sebiji darinya
kalau gugur...akan  jatuh  ke atas atap bangunan yang
kelihatan paling besar...dan pasti bangunan itu akan ra-
nap...lihat saja saiz buah duriannya....


4.Perhatikan bangunan yang paling besar..ada sepohon
pokok kayu melekat pada dindingnya....


5.Lihat atap bangunan yang berwarna biru....ada sepo-
hon kayu tumbuh diatasnya...manakala...sebuah bangu-
nan lain kelihatan terhimpit antara dua pohon kayu....


...dan sebagainya...


Pengajarannya...


1.kita tidak sepatutnya membina bangunan di bawah 
pokok durian...kerana ia tidak hanya akan merosak-
kan  bangunan apabila ditimpa buah durian masak...
malah  mungkin  membahayakan nyawa orang  yang  
tinggal  pada bangunan dan persekitarannya...


Dengan  saiz  buah durian yang xxxxxL itu...pendek 
kata  kalau pakai topi keledar pun tak ada gunanya.


2.Jangan  tanam  pokok  kayu atas atap....kerana ia 
bukannya tempat yang sesuai untuk menanam pok-
ok...


3.Sepatutnya  bangunan itu dibina di tempat lapang
kerana  apabila  pokok  besar  melekat padanya..ia 
akan  melibatkan  kerosakan pada bangunan untuk 
membuangnya....


4.Kalau  anda  nak  tengok buah durian yang paling 
besar...silalah  datang  ke  Ranau...tapi  kalau anda 
bercadang nak beli sebiji...sila bawa lori sendiri...


...dan sebagainya...


Begitulah  penilaiannnya  kalau  kita  guna pandan-
an mata kepala semata-mata...


...dan  dalam  hidup ini...masih banyak perkara yang 
akan mengelirukan...kalau anda sekadar celik mata 
kepala...tapi 'rabun' mata hati....


Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. satu pandangan yg sgt menarik.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih Ummi atas
    pandangannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Tuan Junied, bagaimana kita nak memandang dengan mata hati agar pandangan kita bukan sekadar pandangan mata kosong, tetapi beserta dengan pandangan mata hati juga?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Caranya kita kena ada ilmu...kerana
    ilmu itulah jadi penyuluh
    kepada pandangan mata kepala (akal)
    juga mata hati...

    Kita perlu ada ilmu agama terutama
    mengenal Tuhan juga ilmu tasauf
    dan semakin dalam pengetahuan kita
    maka akan semakin terang atau jauh 'penglihatannya'...

    ..dan tujuan utamanya adalah mencari
    keredhaan Tuhan...sebaliknya...

    ...apabila tujuan mencari keredhaan Tuhan
    itu kita ganti dengan tujuan lainnya...ia
    akan menjadikan pandangan mata hati
    kita 'rabun' atau 'buta'...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. terima kasih atas jawapannya.

    BalasPadam