Sabtu, 18 Jun 2011

CARA MENGELUARKAN JIN DARI BADAN...?

Iaitu cara-cara mengeluarkan jin dari badan
antaranya dengan...

1. Rukyah...

Iaitu cara yang paling lazim digunakan...ia-
itu dengan membacakan pesakit dengan ayat-
ayat Qur'an...

2. Minum air doa...

Iaitu sebahagian jin dalam badan boleh di-
keluarkan dengan izin Allah...dengan diberi
minum air doa tanpa pesakit itu perlu di-
rukyah...

3. Mandi air doa...

Iaitu pesakit dimandikan dengan air doa...

Nota : Kerapkali semua kaedah di atas digu-
nakan secara serentak untuk mendapatkan hasil
yang paling maksima..

Rukyah itu pula kadang-kadang rukyah semata-
mata dan kadang-kadang pula disertakan dengan...

1. Dakwah kepada jin dalam badan...

2. Mengancam atau menakut-nakutkan...

3. Pukulan atau perbuatan-perbuatan bersyarat
yang di kenakan ke atas tubuh pesakit tapi mem-
beri kesan mudarat kepada jin dalam badannya...

4. Menyeksa dengan ayat-ayat rukyah pilihan...

...dan sebagainya...

CARA GUNA TENAGA DALAM BERSERTA RUKYAH...

Pasti masih banyak cara mengeluarkan jin dari
dalam badan dan masing-masing perawat ada per-
samaan juga perbezaan...serta cara tersendiri
berbanding antara satu sama lain...

Cara saya...

1. Biasanya dengan pernafasan dan zikir mudah
jika nak mula dengan 'scan'...

2. Rukyah...berserta penafasan...

3. Bertanya pada pesakit sebarang tindakbalas
dalam badan semasa dirukyah dan selepasnya...
dan apabila ada tanda-tanda kehadiran jin be-
rupa semut-semut...cacing-cacing...panas...
sejuk...sakit dan sebagainya...

...saya akan guna mana-mana cara yang difikir-
kan sesuai seperti menarik...menolak...
...dan sebagainya...

4. air doa dibuat serentak semasa dirukyah...

...dan selebihnya...berusaha setakat mana ter-
mampu...kemudian terpulang kepada Tuhan akan
apa juga hasilnya...

Yang penting berusaha dan menyandarkan harapan
juga berserah kepada Tuhan akan apa juga
kehendaknya...


LAIN-LAIN...

Kadang-kadang jin akan keluar dari tubuh sese-
orang pesakit apabila...

1. Pesakit itu berniat nak jumpa seorang pera-
awat...

2. Pesakit itu menyebut nama seorang perawat...

3. Pesakit mula menekan nombor untuk menelefon
perawat...

3. Pesakit bercakap dengan perawat melalui te-
lefon...

4. Pesakit keluar dari rumah untuk berjumpa pe-
rawat...

5. Pesakit dalam perjalanan ke tempat perawat...

6. Pesakit berada di hadapan rumah perawat...

7. Pesakit masuk rumah...atau bilik perawat...

8. Pesakit berhadapan dengan perawat...dan proses
rawatan belum di mulakan lagi...

9. Perawat mula merukyah...

dan seterusnya...

KES 'BULI'...

1. Antara rakan-rakan ada yang berpengalaman meng-
hadapi jin yang merasuk seseorang...kemudian rakan
itu mengesan suatu kelemahannya...iaitu pantang
dihina...

Rakan itu mula menghinanya kerana rupanya yang
buruk...dan rakan-rakan lain turut menyumbangkan
berbagai celaan..ejekan...hinaan...sehingga jin
yang merasuki tersebut menangis kerana merasa
sangat terhina dan malu...ia berkata melalui
lidah orang yang kerasukan..." cukup...cukup...
saya mau keluar sudah ni..."

ANCAMAN BUNUH ANAK..

1. Seorang rakan berkata pada jin yang merasuki
seseorang...kalau kau tidak keluar sekarang juga
...saya bunuh anak kau...dan jin itu keluar...

ANCAMAN SEORANG PERAWAT...

Dalam satu jamuan...tiba-tiba seseorang kerasukan
dan seorang perawat rukyah yang terkenal kebetulan
nak menyuapkan nasi kemulutnya...dan sebelum itu
ia berkata kepada jin yang merasuk...Kalau kau
tak keluar sekarang juga aku akan makan kau...
dan ketika itu juga...orang itu pulih...

Semuanya atas izin Allah semata-mata...

Masih banyak caranya...dan itu belum lagi termasuk
dengan rawatan menggunakan jin ( sihir )...yang bi-
asanya lebih besar bahaya sebagai kesan sampingan-
nya...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. Terima kasih kerana kongsi info ni. Cukup membantu...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...

    Sama-sama saudara Azeri...terima kasih
    kerana sudi 'jalan-jalan' di ruangan
    ini...

    BalasPadam
  3. boleh scan org dr gambar x?

    BalasPadam
  4. ...minta maaf sgal...saya tidak pandai...tapi untuk
    'scan' jarak jauh...setahu saya guru utama
    Insha Allah boleh...cuma sekarang ustaz
    sedang sibuk merawat di Brunei...

    ...cuma kalau sgal boleh beritahu sekiranya ada
    sebarang gejala ganjil yang sgal alami atau
    gangguan...mungkin saya cuba huraikan
    sekadar mana dapat kemungkinan sekiranya
    ada gangguan atau seagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam