Selasa, 19 Januari 2016

( 8) KISAH...JIN..RAWAN...PEMUTUS...

BISIKAN JIN DALAM 'SCAN'

Biasanya saya akan membaca fatihah 3 kali
dan kalau ada sebarang tindakbalas maka
saya ikhtiarkan supaya rakan yang di rawat
itu nampak....juga mencari punca gangguan-
nya sendiri...sekadar mana izin Tuhan.

Suatu ketika saya membuat pengisian pada
seorang rakan...dan rakan itu memberitahu
ia merasa tapak tangan kanan dan kirinya
berat.

Apabila rakan yang sedang menutup mata
itu terus menumpukan perhatian ia nampak
lubang pada kedua tapak tangannya...
dan  lubang  itu  pada pendapat tempatan
menunjukkan  ia  ada sesuatu kepandaian
contohnya dalam bidang perubatan.

Apabila saya bertanya sejak bila lubang
itu ada di situ...rakan itu menjawab ada 
suatu bisikan memberitahunya ia adalah 
sejak azali ( kebolehan semulajadi ).

Saya merasakan ada bendanya yang tak
kena...sepatutnya  seseorang  itu  kalau
Tuhan  izinkan  akan merasa gerak rasa
atau hati semata-mata...namun pada kes
ini ada bisikan...tandanya ada jin men-
celah masuk.

Saya memnita rakan itu  membaca Ta 
awwuz 3 kali...kemudian meniup kuat 
pada tapak tangan kanannya...ia 
beritahu lubang itu hilang dan tangannya 
terasa ringan...

...kemudian cara yang sama pada tangan
kirinya.

Rakan itu ada 'ilmu firasat ' dan pastinya
bisikan itu dari jin ilmu firasatnya yang
ternyata berbohong.

Wallohu a'lam


2. KATA PEMUTUS JIN PELARIS

Apabila  rakan  yang  sedang duduk  bersila  sambil 
menutup mata itu terus menumpukan perhatian...

...dengan izin Tuhan....ia nampak seorang wanita
muda...sebelah wajah dan tubuhnya kelihatan putih 
dan cantik manakala  sebelah  lagi hitam dan hodoh
menyeramkan.

Serta merta ia dapat mengetahui bahawa  wanita itu 
adalah jin mentera pelaris yang pernah ia amalkan
bertahun-tahun lalu dan ianya di ajar oleh salah se-
orang rakannya.

Beberapa detik kemudian rakan itu terasa tubuh
wanita itu sudah bersatu dengan tubuhnya...malah
rakan itu dapat melihat wajah dan tubuhnya juga
sebelah putih bersih manakala sebelah lagi hitam.

Saya ucapkan kata pemutus asas...dan rakan itu
mengikut satu demi satu ayat dengan niat ia 
ucapkan kepada jin tersebut.

Sebaik selesai kata pemutus...rakan itu membaca
ayat Kursi satu kali...dan tiba-tiba ia terasa angin
kencang bertiup dari arah kiri.

Tubuh jin yang bersatu dengan tubuhnya men-
jadi umpama pasir...mula hancur sedikit demi
sedikit di bawa angin.

Lebih kurang seminit lebih...rakan itu beritahu
tubuh jin itu sudah hancur sepenuhnya dan
tidak ada sisanya lagi dalam tubuhnya....
semuanya atas izin dan kehendak Tuhan se-
mata-mata....kita sekadar berdoa dan ber-
usaha...Wallohu a'lam.

3. PEMUTUS JIN SIHIR

Kakak itu menelefon dari Sarawak...tiba-tiba dadanya terasa
sakit...dan ketika itu ia terbayang wajah seorang guru lelaki
yang mengajar di sekolah anaknya.

Kalau ia datang ke sekolah...cikgu lelaki itu sering merenung-
nya dengan renungan tajam.

Saya meminta kakak itu memegang bahagian dadanya yang
sakit sambil memejam mata menumpukan perhatian kepada
wajah guru itu yang dapat ia bayangkan dengan jelas.

Saya mengucapkan kata pemutus dengan di ikuti oleh kakak
itu dan ia niatkan bercakap kepada bayangan wajah cikgu
tersebut.

Dengan izin Tuhan sebaik selesai kata pemutus dan fatihah
sekali kemudian takbir tujuh kali...sakit dadanya berkurang
dan hampir hilang sepenuhnya ketika itu juga

Sisa sakit dadanya saya ajarkan rawatan kisar...dan kisar kali
ketiga...sakit itu hilang sembuh sepenuhnya.

nota

1. Bayangan itu adalah jin...ia dapat meniru wajah dan tubuh
kerana jin itu rapat atau sudah lama dengan orang tersebut.

Mungkin orang itu ada amal ilmu jin...atau tangkal...atau
jin saka...atau jin datang sendiri dan ia dipilih...atau jin
yang mengganggu orang tersebut...maka boleh jadi sengaja
atau mungkin orang itu sendiri tidak tahu ia ada gangguan
datang gangguan itu datang kepada orang lain.

Maka anda tidak boleh menuduh ia menyihir anda....tapi
bagi bomoh jin kalau ia nampak biasanya bomoh itu
kata orang itu menyihir anda.

Wallohu a'lam

4. PEMUTUS JIN PESAKIT

Sejak pulang dari menziarahi sepupunya yang sakit...
lelaki itu A terasa kedua belah tangannya berat.

Ketika ia sampai di rumahnya...ibu A nampak kelibat
seorang lelaki mengekorinya dan jam 9 malam itu
si A menelefon saya dari kampungnya di jalan Tam-
bunan.

Ia dapat merasakan makhluk itu berada dekat dengan-
nya walaupun ia tidak dapat melihat jin itu.

Saya meminta A menutup mata dan menumpukan
perhatian...dan ucapkan kata pemutus di ikuti
oleh A dengan meniatkan ia bercakap kepada
jin tersebut.

Sebaik selesai kata pemutus...A beritahu makhluk
itu sudah pergi dan kedua belah tangannya terasa
ringan...kecuali masih terasa sisa beratnya di
tangan kiri...saya ajarkan ia buat rawatan sapu
sendiri.

Rupanya sepupunya itu minta urut...dan mungkin
jin itu suka pada A dan cuba berpindah padanya.

Wallohu a'lam

5. CARA MATI DALAM TIDUR ?

Ketika saya memasuki ruang bilik rawatan yang
agak luas itu...saya yakin rawatannya bukan cara
cara Islam memandangkan semua pesakitnya ber-
pakaian jubah putih dan mengangkat tangan
seperti berdoa ke arah si perawat.

Kemudian mereka menari melompat-lompat sambil
bertepuk tangan...sehinggakan saya terasa asyik
pula memerhatikan mereka.

Dari tadi saya rasakan ada yang tak kena...kerana
ianya cumalah sebuah mimpi tapi saya dapat ber-
fikir seperti dalam keadan jaga...maka dalam
mimpi seumpama ini...semua perkara adalah serius
dan bukannya permainan.

Rasanya saya cukup lalai apabila tiba-tiba sahaja
saya terbaring di lantai...dan serta merta muncul
seorang lelaki berbadan besar cuma bercawat
seperti kulit binatang melompat-lompat menari
mengelilingi saya.

Sambil melompat lompat ia cuba mamijak saya
pada bahagian kepala...dada...kaki....tapi
tapak kakinya dengan izin Tuhan tidak sampai
pada tubuh saya dalam jarak lebih kurang  dua
tiga inci.

Tiba-tiba lelaki gemuk itu yang kelihatan geram
kerana tak dapat memijak saya melompat tinggi
dengan kedua belah kakinya cuba memijak
dada saya.

Bukan saja tak sampai malah ia terpelanting dan
terhempas kuat  ke atas lantai...semuanya atas
kehendak Tuhan.

Saya terjaga dari tidur...dan terlintas dalam hati
saya mungkin begitulah caranya orang-orang
tertentu terutama perawat yang sihat wal afiat
tiba-tiba di dapati sudah meninggal dunia
pada paginya...dan pihak hospital biasanya
mengetagorikan ianya serangan sakit jantung.

Dalam keadaan biasa dengan saiz badan yang
besar dan dengan cara lompatan yang sede-
mikian saya yakin boleh membawa maut
pada sasaran.

Ini adalah salah satu ujian merawat orang
yang di sihir dan si tukang sihir tiba-tiba
muncul di hadapan rumah pesakit sedangkan
sudah hampir setahun ia tak pernah datang
ke situ...anda merawat...mungkin bererti
anda masuk ke medan perangnya...

Wallohu a'lam

6. KESAN SEKSAAN PADA RAWAN

Sudah berbulan-bulan lamanya Puan A meng-
lami keadaan sedemikian...tiba-tiba saja kepala-
nya akan terasa sakit sehingga ia menghantuk-
hantukkan kepalanya ke dinding untuk meng-
hilangkan kesakitan tak terperi itu.

Baru beberapa minit duduk di hadapan saya...
tiba-tiba Puan A memegang kepalanya...ia
terasa seperti ada hujung kayu tumpul di hentak-
hentak  ke kepalanya.

Saya gunakan zikir dan pernafasan dan gerak
pancung dengan niat memutuskan hentakan
kayu itu tapi hanya berkurang sedikit sahaja
malah nampaknya serangan itu semakin men-
jadi-jadi.

Untuk beberapa ketika saya rasa buntu....
baru kali ini saya berdepan kejadian sedemi-
kian...saya tidak tahu kenapa ianya tidak
dapat di halang.

Terlintas dalam hati saya Puan A sebaiknya
di buat 'scan mata ketiga ' yang letaknya
di tengah-tengah dahi...saya baca fatihah
sambil Puan A menumpukan perhatian.

Tiba-tiba Puan A mendapati dirinya berada
di dalam hutan rimba dalam suatu kawasan
yang di kelilingi oleh belukar yang tebal
dan di hadapannya seorang lelaki berpakaian
serba putih...rambutnya panjang menutupi
muka sambil memegang sebatang kayu.

Kayu itulah yang makhluk itu gunakan untuk
merejam bahagian kepala rawan Puan A...
kerana itu serangan tersebut tidak dapat
dihentikan pada tubuh kasarnya...kerana
pada hakikatnya serangan itu adalah kepada
rawannya .

Saya minta Puan A merenung makhluk ter-
sebut yang sudah berundur dan melihat dari
jarak yang agak jauh...kemudian ajarkan ia
kata pemutus asas.

Sebaik selesai mebaca fatihah...makhluk itu
iaitu jin jantan tersebut semakin menjauh
dan kabur lalu menghilang...menandakan sihir-
nya sudah terputus.

Namun timbul pula masalah lain...Puan A
terperangkap dalam kawasan belukar itu
dan tidak nampak sebarang laluan keluar.

Saya meminta Puan A membaca Ta awwuz
tiga kali lalu meniup kuat ke belukar...dan
belukar yang menjadi arah tiupannya hilang
membentuk satu lorong laluan...dan Puan
A mula bergerak melaluinya...untuk balik
ke tubuh kasarnya.

Puan A memberitahu ia sedang membuat
suatu perjalanan jauh...merentasi hutan
bukit bukau...dan ia melihat gua-gua juga
jalan raya

Cuma seminit lebih...Puan A memberitahu
ia sudah berada dalam badannya.

Dengan izin Tuhan selepasnya pukulan itu
tidak  lagi berlaku.

Setakat pemerhatian saya kata pemutus
ini dengan izin Tuhan dapat menghentikan
terus sesuatu gangguan yang berkaitan
dengan jin yang terlibat.

Saya berpendapat kata pemutus ini
' berbisa ' kepada bangsa jin kerana
kedudukan kita sebagai Khalifah Tuhan
di atas muka bumi ini...di samping
penggunaan nama Tuhan serta ayat-
ayat mulianya...

Wallohu a'lam

7. 'VS'  TENAGA DALAM

Apabila A  menumpukan  perhatian  dengan
niat mencari punca tumbuhnya daging  bulat-
bulat kecil  yang tumbuh di seluruh tubuhnya
dengan izin Tuhan...ia melihat jelas seorang
lelaki bekas rakan  sekerjanya  di restoran
lebih 10 tahun lalu sedang memberi makan
pada dua ekor katak puru.

A dapat merasakan apabila  rakannya  itu
B memberi makan pada dua  ekor  katak
puru   tersebut.....maka  semakin  banyak
ketul-ketul  daging  bulat   tumbuh   pada
kulitnya sebagaimana belakang katak
puru yang menggerutu.

Rakannya B berasal dari negara seberang
dan ia sengaja berbuat demikian agar orang
tidak lalu makan dengan masakan A...
mungkin B merasa A boleh mengancam
kedudukannya memandangkan A adalah
orang tempatan

A membaca ta awwuz 7 kali lalu meniup
kuat mulut B yang sedang membaca mentera
sambil memberi makan katak tersebut...
ia melihat mulut B pecah dan berdarah.

Ketika itu A melihat kedua ekor katak itu
mula melompat keluar dari tempatnya.

A beritahu ia melihat B akan membalas
serangan dan sedang membuat gerak mem-
bentuk bola aura.

Rupanya B juga seorang ahli tenaga dalam
dan bola aura itu kesannya terpulang pada
niat dan kekuatan pembuatnya....seringan-
ringannya panas...dan seberat-beratnya
boleh mengakibatkan kecedaraan dalaman
yang parah.

Saya menepuk lutut A apabila saya melihat-
nya mula menarik nafas dalam-dalam...iaitu
tanda akan menentang B.

Rasanya ia kurang sesuai kerana ianya
kurang menjaga amalan  malah sihir B dapat
menembusinya maka mungkin saja akan
membahayakan dirinya sendiri.

Saya pernah membuat bola aura...dan rasa-
nya untuk menyerang ianya kaedah yang
kurang praktikal...banyak guna tenaga...
lambat dan kesannya sukar dipastikan.

Saya gunakan pernafasan...ayat afahasibtum...
ayat Kursi...dan gerak tolak hentak...A
melihat tangan B terpukul ke tepi...badannya
turut terpusing ke sebelah kanan.

Namun A tidak mengalah....ia mula membuat
gerak membentuk bola aura...kali ini saya
tambah 10 ayat awal as Soffat dan menolak
kedua tangan ke depan seperti hendak me-
mecahkan sesuatu...dan membayangkan
tenaganya sampai ke sasaran pada saat itu
juga...

...kali ini bola aura B yang mula terbentuk
musnah seperti cermin yang pecah dan ber-
kecai.

B mula kelihatan lemah...tapi apabila A beri-
tahu masih ada kekuatan tenaga dalam ter-
simpan dalam tangan B...saya gunakan ayat
Lau Anzalna berserta hentakan pernafasan
dan gerak tolak dengan niat melumpuhkan
sihirnya itu.

Kali ini A melihat tangan B terkulai lemah...
namun ia masih boleh mendapat kekuatan
tenaga dalam dengan memanggil jin yang
selama ini menjadi tulang belakang ke-
kuatan tenaga dalamnya.

Saya meminta A menumpukan perhatian dan
dengan izin Tuhan...A dapat melihat jin ter-
sebut.

Mulanya saya gunakan Ayat ke tujuh Yasin...
dan A beritahu jin itu menjadi pekak dan
tidak akan dapat mendengar lagi seruan
B kepadanya...

....tapi bererti jin itu masih boleh menyerang
B kalau ia mengkhendaki dengan izin Tuhan
maka saya gunakan Ayat Lau anzalna dan
membuat serangan pada jin tersebut.

A melihat makhluk itu terhumban ke lantai
dan tidak mampu lagi untuk bangun...saya
harap sihir tenaga dalamnya juga sudah
lumpuh atau hilang...dan saya gunakan lagi
Ayat Lau Anzalna...tubuh jin itu mula menjadi
kabur...dan hilang...saya niatkan ia balik ke
alamnya sendiri dan tak dapat lagi masuk
alam manusia.

Ini semua pengalaman baru bagi saya...dan
saya berpendapat bahawa kalau kita belajar
mengira hingga nombir 10...dan kita percaya
bahawa tidak akan ada lagi nombor selepas
nombor sepuluh...maka  kita tidak akan tahu
tentang nombor sebelas...nombor dua belas
dan seterusnya.

Wallohu a'lam

8. ' JIN KUALI YANG TAK MAKAN KP '

Apabila Fzh anak buah saya ( tingkatan 4 )
menutup mata...dengan izin Tuhan ia dapat
merasai kehadiran seorang lelaki muda.

Lelaki muda berawajah bersih  berserban
jubah itu datang dalam mimpinya dua
minggu lalu...dan saya sedang ' scan' sa-
mada ia mimpi mainan tidur atau gangguan.

Lelaki muda itu memberitahu Fzh...bahawa
mula saat itu ia akan menjaga Fzh.

Apabila saya ajarkan kata pemutus..Fzh
tersekat-sekat oleh sebab kesedihan yang
ia sendiri tak faham,,,sedangkan sebenar-
nya lelaki muda itu yang sedih untuk ber-
pisah dengannya.

Dengan izin Tuhan...Fzh mula merasa
tenang setelah menghabiskan kata pe-
mutus....tapi rupanya ia hanya tenang
untuk beberapa minit sahaja.

Tiba-tiba Fzh menangis meraung sambil
menutup muka dengan kedua tapak
tangannya...." dia maraaah...dia maraah...!

Saya rasakan lelaki muda itu marah kerana
cuba dipisahkan dan ada tanda-tandanya
ia mungkin merasuk Fzh dan melawan.

Ianya buat saya rasa geram....saya duduk
di sebelah kanan Fzh dan meletakkan
tapak tangan kanan ke belikat kirinya
dan ucapkan...dengan nama Allah...
saya perintahkan kamu jin menjadi kecil
dan semakin kecil...dan berkumpul di
sini...kemudian saya menepuk-tepuk
belakang Fzh sambil membaca Fatihah
dan Ayat Kursi.

Saya niatkan jin itu semakin kecil seperti
semut dan berkumpul pada bahagian
belikat kiri yang saya sedang tepuk-
tepuk.

Dengan izin Tuhan...jin itu segera mem-
beri tindakbalas...Fzh yang sedang me-
raung menangis tiba-tiba ketawa ter-
bahak-bahak...tapi saya teruskan me-
nepuk sambil membaca kedua suroh
dan ayat sehingga habis.

Cuma beberapa saat ketawa...Fzh me-
nangis meraung semula....hinggalah
sebaik tamat ayat Kursi Fzh terdiam
dan mula menguasai perasaannya
semula.

Apabila saya lekapkan terus tapak
tangan saya pada belikat kirinya...
saya perhatikan jari tengah Fzh ber-
gerak-gerak tandanya ada laluan
jin itu padanya.

Saya tolak makhluk itu terus ke-
hujung jari tersebut dan masukkan
ke dalam batu yang saya sudah
buat pengisian jadi perangkap jin.

Fzh memberitahu ia merasa batu itu
lebih berat daripada kebiasaannya
dan ia merasakan makhluk tersebut
ada di dalam batu itu.

Batu itu saya bakar dengan niatkan
sekali dengan isinya.

Ia mungkin jin Islam fasik atau jin
munafik...tapi ternyata bahawa....
jin itu menyalahgunakan ilmu juga
kelebihannya....saya telah saksikan
sendiri apa yang jin sejenis itu buat
pada wanita anak orang juga isteri
orang.

Ada orang gelar ia jin wali...tapi se-
benarnya ia hanyalah jin kuali yang
mempergunakan ilmu agama untuk
menzalimi...menganiaya dan menipu
daya manusia.

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan