Khamis, 8 Oktober 2015

Bandaraya Jin ?

Ketika itu rakan tersebut sedang duduk bersila
sambil menutup mata di rumah saya...namun ia
merasa berada di rumahnya yang sejauh 15
minit perjalanan kereta .

Ia masuk ke dalam bilik tidur bapanya...dan ia
melihat ada sesuatu ada satu sudut bilik .

Apabila ia  terus  menumpukan  perhatian...ia
melihat benda itu adalah sebilah keris yang ber-
cahaya...dan ada 'seorang lelaki' berpakaian
pendekar duduk padanya.

Saya menggunakan ayat Afahasibtum...pernafas-
an dan gerak sapu...dengan izin Tuhan cahaya
pada keris itu terpadam.

Ketika itu rakan tersebut melihat dari jauh sebuah 
bandaraya maju yang sangat luas...dan mengikut
rasa hatinya...jin dari keris itu pulang ke bandar
tersebut setelah sihir yang mengikatnya pada
keris itu musnah.

Seperkara yang rakan itu perhatikan...di bandar
itu tidak ada bangunan bertingkat.

Itulah tempat asal jin tersebut sebelum dipuja atau
di tarik menjadi khadam kepada keris tersebut .

Sebelum itu seorang rakan dari perawat rukyah
pernah memberitahu saya...kalau tangkal atau apa
juga benda sihir...yang ada rumah jin padanya di-
musnahkan..maka jinnya akan pulang ke tempat
asalnya di alam jin...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan