Rabu, 3 Jun 2015

Gastrik dan Rejaman Jin...


Apabila kakak itu menutup mata dan menumpukan 
perhatian...ia  melihat  satu  patung di atas busut....
dan  ada  jarum  yang menikam pada uluhati serta
ubun-ubunnya.

Saya meminta kakak itu terus menutup mata dan
cuba menyentuh bahagian uluhatinya...dan kakak
itu beritahu  ia  dapat  memegang  sebatang  besi 
yang tertanam menyucuk uluhatinya tersebut.

Kakak itu membaca suroh Al Falaq sambil  me-
nggenggam   batang   besi   itu   lalu   cuba men-
cabutnya  sekuat   hati...namun   tangannya  tak 
bergerak

Kakak itu kelihatan terpaku sehinggakan hampir
saya menyangkanya kerasukan...namun kakak
itu kemudian membuka mata dan kelihatan cemas.

" Saya tidak dapat cabut..." kata kakak tersebut
maka saya pula cuba mencabutnya dengan gerak
berserta  pernafasan  beberapa kali...namun besi 
itu langsung tak bergerak sedikit pun.

Ini  pengalaman  pertama  saya tidak dapat men-
cabut  tikaman  pada  pesakit  dan  saya  sendiri
tidak tahu sebabnya.

Saya meminta kakak itu menutup mata sekali lagi
dan menumpukan perhatian...dan dengan izin 
Tuhan kakak itu beritahu ada dua lembaga hitam 
tinggi menahan dengan tangan mereka pada ke-
dua-dua batang jarum ..

...iaitu pada uluhati dan ubun-ubun....

Saya  membaca  Ayat  Kursi  dan   membayang-
kan  sebatang  lembing lalu niat merejam ke arah 
jantung lembaga hitam di depan patung kemudian
gerak  niat  mencabut  besi   pada  uluhati  kakak
tersebut....dengan izin Tuhan...ia tercabut....

...begitu pula besi pada bahagian kepalanya....

Selama  ini  memang  kakak  itu mengalami sakit
pada  uluhati  dan kepalanya...dan biasanya bagi
sakit  yang  disebabkan  oleh rejaman senjata jin
....senjata  itu  dan lukanya perlu dibuang atau di-
tarik.

Kalau  setakat  dirukyah ringkas mungkin sakit-
nya  akan  hilang  sementara  dan  kemudiannya
akan  datang  semula...kecuali   kalau  dirukyah
sehingga pesakit muntah.

Sebaik sahaja batang besi dibahagian kepalanya
dicabut...bayangan  patung  itu  turut hilang...me-
nandakan sihir tersebut terbatal.

Saya  berpendapat  ini juga adalah kes jin sihir
yang pernah bertuan melakukan kejahatan sihir
secara sendiri tanpa di suruh atau penglibatan
seseorang manusia.

Wallohu a'lam

19 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini.

    En Junied,
    Sudah hampir bebulan lamanya telinga saya sebelah kanan mengalami "berbunyi berdesing" tisp2 hari, tetutamanya pada waktu pagi.

    Pada bulan April yang lepas, saya berkesempatan menemui pakar ENT dan telah disahkan bahawa telinga kanan saya disumbat oleh "tahi telinga" atau "ear wax" yang banyak dan keras. Setelah "dilembutkan" telinga kanan saya itu dengan ear drops, ianya berjaya dikeluarkan fan bunyi "berdesing" pun hilang. Alhamdullilah. Tetapi, minggu berikutnya, telinga sebelah kanan saya kiri saya pula mula "berdesing". Pakar ENT seterusnya dapat mengeluarkan "tahi telinga" atau ear wax yang sudah keras juga di sebelah kiri. Cuma sehari saja saya "dibebaskan" dari bunyi "berdesing" tersebut. Kedua-dua telinga saya mula "berdesing", terutamanya waktu malam dan pagi.
    Saya menemui pakar yang sama dan beliau membuat scan yang menunjukkan kedua-kedua belah telinga saya bebas dari sebarang sumbatan atau ear wax. Beliau memberi saya ubat untuk dimakan selama seminggu, tetapi bunyi "berdesing" tetap tidak hilang.

    Saya ciba juga membacakan ayat kursi dan tiga Qulsambil menutup kedua-dua belah telinga saya, tetapi ia tetap sama.

    Keadaan biasanya "reda" apabila saya sibuk dengan kerja-kerja seharian atau apabila mendengar bunyi radio atau TV.

    Pada pendapat En Junied, apakah yang menyebabkan bunyi "berdesing" ini berlarutan? Apakah cara terbaik untuk mengubatinya?

    Terima kasih. Jazakullah khair.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum

    Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini.

    En Junied,
    Sudah hampir bebulan lamanya telinga saya sebelah kanan mengalami "berbunyi berdesing" tisp2 hari, tetutamanya pada waktu pagi.

    Pada bulan April yang lepas, saya berkesempatan menemui pakar ENT dan telah disahkan bahawa telinga kanan saya disumbat oleh "tahi telinga" atau "ear wax" yang banyak dan keras. Setelah "dilembutkan" telinga kanan saya itu dengan ear drops, ianya berjaya dikeluarkan fan bunyi "berdesing" pun hilang. Alhamdullilah. Tetapi, minggu berikutnya, telinga sebelah kanan saya kiri saya pula mula "berdesing". Pakar ENT seterusnya dapat mengeluarkan "tahi telinga" atau ear wax yang sudah keras juga di sebelah kiri. Cuma sehari saja saya "dibebaskan" dari bunyi "berdesing" tersebut. Kedua-dua telinga saya mula "berdesing", terutamanya waktu malam dan pagi.
    Saya menemui pakar yang sama dan beliau membuat scan yang menunjukkan kedua-kedua belah telinga saya bebas dari sebarang sumbatan atau ear wax. Beliau memberi saya ubat untuk dimakan selama seminggu, tetapi bunyi "berdesing" tetap tidak hilang.

    Saya ciba juga membacakan ayat kursi dan tiga Qulsambil menutup kedua-dua belah telinga saya, tetapi ia tetap sama.

    Keadaan biasanya "reda" apabila saya sibuk dengan kerja-kerja seharian atau apabila mendengar bunyi radio atau TV.

    Pada pendapat En Junied, apakah yang menyebabkan bunyi "berdesing" ini berlarutan? Apakah cara terbaik untuk mengubatinya?

    Terima kasih. Jazakullah khair.

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth TC...

    Setakat yang saya faham ia adalah tanda kehadiran
    jin di luar badan dan jin itu cuba menghubungi atau
    mengatakan sesuatu kepada kita...namun berdesing
    itu tandanya kegagalan usaha jin tersebut.

    Jaga amalan...jangan terlalai dan jangan sekali-kali
    ada niat untuk dihubungi jin tersebut kerana ia ada-
    lah syaitan jin.

    Tak perlu hiraukan....dan jangan pula kita berusaha
    menumpukan perhatian pada bunyi tersebut kerana
    ia boleh membuka laluan jin kepada kita.

    Mudah-mudahan dengan izin Tuhan...akhirnya jin
    itu akan pergi atau berputus asa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. mungkin juga tanda kelemahan pada buah pingang..cuba bekam bahagian pingang..

    BalasPadam
  5. As salam PI...saya percaya ini salah satu saranan yang baik...terima kasih atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Assalam. Terima kasih En Junied dan Permato Ijo di atas penerangan yang diberikan.

    Insyallah, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengikuti nasihat En, Junied dan menjaga amalan-amalan yang biasa saya lakukan.

    Berkenaan dengan buah pinggang saya, sememangnya saya sejak kebelakangan ini kerap sangat nak membuang air kecil setiap kali setelah meminum air, samada sedikit atau banyak, Kalau banyak saya minum, dalam setengah jam dah nak ke toilet dan setelah membuang air kecil tu, badan saya terus menjadi semacam lemah, pusing kepala dan terasa "kosong dan kering". Ini menyebabkan saya terpaksa minum air semula untukl menampung air yang "telah keluar".

    Juga, kalau saya da terasa nak buang air kecil, biasanya terus menerus saya dah tak boleh tahan. Macam nak terkeluar sangat da....(minta maaf bahasa saya).

    Saya sebenarnya sudah takut untuk menemui tukang bekam.....takut menemui yang ada "benda dan ilmu lain" pada pembekamnya.

    Soalan saya:
    1) Adakah buah pinggang saya sudah lemah/tersumbat?
    2) Ada cara lain untuk mengubati kelemahan buah pinggang saya ini?

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth TF...

      1.Wallohu a'lam...namun biasanya 'kerap dan kurang terkawal' itu dari sebab buah pinggang.

      Sebaiknya kurangkan minuman manis apalagi
      jus buah-buahan atau perasa minuman tiruan...
      dan sekali sekala minum air mesin penapis
      air untuk mencuci buah pinggang.

      Namun rasa lemah atau terasa pusing itu
      sepertinya lebih kepada punca lain terutama gangguan.

      Untuk penerangan lain mengenai buah pinggang
      saya kurang tahu tapi mudah-mudahan kalau
      berkesempatan PI sudi berkongsi tentangnya.

      Kadang-kadang ada juga pembekam yang ada
      ilmu atau benda lain...maka sebaiknya kita
      cari yang tidak ada keraguan.

      Dari segi gangguan...puan sebaiknya terus
      jaga amalan dan rawatan kalau perlu...
      terutama selagi mendengar bunyi berdesing.

      Di Ranau ini juga ada seorang perawat yang
      mengalami keadaan sedemikan ( bukan IT )
      dan yang nyata padanya ada kaitan dengan
      gangguan jin.

      Wallohu a'lam

      Padam
  7. Asalam tuan,saya sekali-sekala di sergah masa spara tidur dgn bangun..disusuli dengan bunyi berdesing sayup2.Itu kbiasaanya bila saya tdk mbaca 3qul ttpi hnya mbaca basmallah shj. Mungkin kah dlm ruma ada jin dpt masuk atau bawaan dripda tetamu yg bkunjung di rumah?Mohon pencerahan tuan.
    wasalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Js...

      Dua-dua boleh jadi...tapi kemungkinannya lebih
      kepada jin yang menyasarkan saudara sebagai
      gangguan tau lainnya.

      Berdesing biasanya tanda ada jin baru sampai
      maka sebaik-biknya jaga amalan dan pagar
      rumah.

      Kalau ada gangguan pada hli keluarga lain maka
      ianya juga boleh berlaku sebaiknya ambil per-
      hatian seta rawatan sekiranya dirasa perlu.

      Wallohu a'lam

      Padam
  8. Assalam..

    Lama tak berkunjung. Tergerak pulak. Semoga usaha saudara diberkati Allah..

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth tuan...amiin...

    Alhamdulillah....semoga tuan sekeluarga dan kita semua sihat-sihat belaka...dan harap-harapnya
    tuan terus dapat berkongsi di sini ya...Insha
    Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. Assalam..

    Dua hari lepas ada kawan minta bantu rawat jarak jauh abg dia yg masuk icu di hospital tawau. Tiba2 pengsan katanya. Waktu sy rawat..terlihat sukma/rawan yg bercahaya milik abgnya itu berdiri disebelah kepalanya.

    Apabila sy cuba masukkan semula dlm badan..terus rawannya hilang dan terlihat satu lg rawannya yg agak kehitaman dirantai kaki & tangan di alam jin. Alhmdllh dgn izin Allah berjaya juga dilepaskan.

    Sy telah berpesan pada kawan tu supaya bersedia sbb biasanya kes spt ni berakhir dgn kematian. Waulahualam..tengahari semalam dpt berita abgnya telah meninggal dunia.

    Banyak kes spt ni disebabkan ada perjanjian dgn makhluk alam sebelah sama ada sedar @ tidak. Disebabkan amalan khusus @ saka keturunan.

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Kenapa tuan ya rawannya yang satu bercahaya
    dari mana asal cahayanya...dan kenapa pula
    rawannya yang satu lagi kehitamana tak ber-
    cahaya...?

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Kalo ikut pengajian rawan yg sy belajar.. setiap manusia ada 7 rawan dlm badan. Rawan yg bercahaya tu rawan yg kedua paling berpengaruh pada jasad. Sifat dominan. Jika ada buat perjanjian dgn makhluk halus @ terkena gangguan jin/sihir/saka..biasanya rawan no 4@ no 5 yg akan terlibat. Kalo angin bisa jin padat...warnanya akan kehitaman.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum, sy ingin tahu adakah mudah rawan sesaorg diikat/ diganggu di alam jin? Adakah ada tanda2 luaran yg rawannya di kuasai jin di alam jin ? Bapa seorg sahabat sy tiba2 diserang strok dn lumouh seluruh badan ketika mengorek parit dn Dr memberitahu beliau tidak dikesan apa2 penyakit dlm tubuhnya yg sebelum ini mrmang tiada penyakit....ada pandgn beliau menghadapi gangguan..kelihatan gsngguan ini berat adakah kersna rawannya lemah? Maaf ats soalan ini.tk

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Ia bergantung kepada bebrapa perkara...samada
    pada kekuatan atau pertahanan diri manusianya
    atau kemahiran jin yang cuba mengganggu.

    Amalan-amalan pendinding bukan hanya jadi pem-
    benteng jasad tapi juga roh dan rawan.

    Tanda utama biasa suka berkhayal atau melamun...
    atau boleh jadi pula sakit-sakit badan iaitu apa-
    bila rawan itu bukan saja ditawan atau ditarik
    keluar tapi juga diserang disakiti seperti ditikam
    dipukul...dan sebagainya...

    ...atau badan selalu letih tanpa sebab....apabila
    rawan mungkin rawan dipaksa buat sesuatu kerja
    dan pastinya juga perasaan sentiasa kurang
    tenang tanpa sebab munasabah.

    2. Boleh jadi rawannya diambil...boleh jadi jin
    masuk pada bahagian otak...atau jin masuk meng-
    asai tubuhnya...atau gangguan jin pada bahagian sarar-saraf berkaitan dan sebagainya.

    Strok biasanya berpunca dari angin bisa atau jin
    yang sudah lama dalam badan....dan biasa pula
    jin luar akan mempergunakannya sebaik-baiknya
    untuk menganiaya seseorang manusia.

    Maka mungkin ada gangguan jin baru atau memang
    dari dalam badan sedia yang bertindakbalas ter-
    hadap sesuatu gangguan luar atau kebetulan
    sudah sampai masanya jin itu dapat menguasai-
    tubuhnya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Terima kasih tuan atas pencerahannya.

    BalasPadam