Khamis, 14 Mei 2015

Kalimah .Allah. dan Kalimah .Muhammad' Pada Tapak Tangan...

Sudah beberapa 'orang pandai' yang ditemuinya
dan ada  yang  mengatakan  pada tapak  tangan
makcik tersebut ada ilmu perubatan semula jadi.

Tapi  ada  pula  yang  mengatakan ianya adalah
dari sebab gangguan jin semata-mata.

Apabila makcik itu menutup mata dan menumpu-
kan perhatian...ia nampak kalimah Allah dalam
tulisan jawi pada tengah tapak tangan kirinya...

...dan ada pula kalimah Muhammad juga dalam
tulisan jawi pada tengah  tapak tangan kanannya.

Dari tengah tapak tangan kirinya itu ada laluan
jin terus ke jantungnya...dan dari tengah tapak
kanannya pula ada laluan jin ke bahu kirinya...

...kemudian ada lagi huruf ha tepi tapak tangan
kanannya dan ada laluan jin darinya terus ke
bahu kanan.

Ia adalah permainan ilmu jin munafik yang mem-
pergunakan kalimah-kalimah suci untuk meng-
abui mata manusia dampingan juga manusia
lainnya.

Makcik itu pernah dimandikan oleh seorang
ustaz yang berasal dari negara seberang...dan
saya berpendapat...dari sinilah punca datang-
nya jin tersebut yang pernah dilihat seperti
seorang lelaki alim berserban jubah juga ber-
kopiah putih dalam rumahnya.

Ustaz itu juga memberinya salinan ayat haikal
dan surat yang dikatakan surat nabi ( nanti
saya usahakan cari nama khusus surat tersebut
...Insha Allah...) dan dikatakan akan menghalau
jin dari rumah apabila dilkat pada dinding.

Dari pemerhatian saya...salinan ayat-ayat ter-
sebut yang  dilekat pada dinding untuk peng-
halau jin dalam rumah sama sekali tak ada
fungsinya.

Ayat-ayat Qur'an dan doa hanya bermanafaat
dengan izin Tuhan apabila dibaca dan diamal
dan bukan dilekatkan tulisannya pada dinding.

Malah lebih berat lagi keyakinan bahawa ayat-
ayat dan doa tersebut berkuasa menghalau jin
atau rumah akan lebih selamat dengannya
dapat menjatuhkan seseorang itu pada syirik.

Untuk 'lebih memburukkan keadaan'...ustaz
itu menggulung salinan  ayat Haikal dan di-
simpan dalam botol bersama gulungan kain
puth yang disimbah sejenis minyak dan di-
cucuk dengan sebatang jarum lalu digantung
atas pintu...jadi tangkal syirik...

Semuanya tak bermanafaat...makcik itu di-
penuhi jin-jin yang jelas kafir...

....yang menumpang tinggal dalam badan
juga rumahnya.

Atas permintaan makcik tersebut...dengan
izin Tuhan...saya 'mencabut' huruf-huruf 
tersebut dari tapak tangannya...

' Sesiapa yang menjadikan jin syaitan itu
sebagai penjaganya ...maka Allah akan
serahkan ia pada syaitan-syaitan tersebut'
( maksud dari ayat Qur'an ).

Setiap amalan dan keprcayaan syirik hanya
akan menarik jin syaitan kepada anda dan
hidup anda...

Wallohu a'lam

5 ulasan:

  1. Asalam tuan,adakah seseorang itu berkemungkinan ada gangguan sekiranya merasa berada di mekah dan membuat amal soleh ketika di 'scan'?Smkin dibacakan ayat2 rukyah smkin dia merasa byk melakukan amal ibadah di mekah ataupun di tmpt2 suci islam..mohon pencerahan.
    Wasalam

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Setakat ini saya dapati ianya adalah gangguan dari
    jin kafir munafik...dan antara bahagian yang perlu
    di ambil perhatian adalah gangguan pada bahagian
    otak.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Kalau dekat tapak tangan kiri , urat kita berbentuk kalimah Allah macam mana tuan? Tangan kanan huruf Alif ,kanan kiri Lam lam ha.kalau tangan jadi pucat lepas amik air sembahyang lagi jelas nmpk.

    BalasPadam
  4. Sy mempunyai ayat Allah di tangan

    BalasPadam