Rabu, 15 April 2015

'Barah Rahim' ?

Sudah  sebulan  ibu  itu berulang alik ke hospital
namun  tidak ada sebarang  punca dapat dikesan
daripada  keadaan  ibu  itu  yang  terus menerus
mengalami  pendarahan  serta   selalu  kembung 
keras seolah-olah ada sesuatu di dalamnya.

Selepas sehari minum air doa..ia sakit perut tak
tertahan sehingga ia terpaksa ke hospital walau-
pun belum sampai tarikh temujanji.

Akhirnya  pihak  hospital dapat mengesan suatu
ketumbuhan dalam rahimnya...dan ianya masih
kecil.

Pihak  hospital Daerah  Ranau mengambil kepu-
tusan  untuk  menghantarnya ke Hospital Besar
kota Kinabalu untuk menjalani rawatan lanjut.

Sehari  sebelum itu...si suami yang juga rakan
saya meminta rawat isterinya secara berdepan.

Saya gunakan kaedah ' scan tapak '...

Apabila si ibu itu menutup mata dan menumpu-
kan perhatian...ia ternampak suatu benda seperti
batu hitam dalam bengkak rahimnya.

Saya tidak dapat ' mencapai ' benda itu melalui
tapak tangannya dan saya percaya jin tuan punya
benda itu telah meletakkan ' halangan '...

...tapi ibu itu dapat  merasakan  ada  laluan  dari 
tengah dahinya terus ke dalam rahimnya...maka 
saya menarik keluar benda hitam itu melaluinya.

Benda  itu  meninggalkan  suatu  ruang  kosong 
dalam rahim...iaitu dalam bengkak tersebut.

Biasanya ruang sebegitu juga perlu dibuka kerana
jin lain juga boleh masuk dan tinggal di dalamnya.

Kali ini ada laluan terus dari tengah tapak tangan
kiri terus  ke  ruang  tersebut  dan  saya  gunakan
' cubit cabut ' sehingga dengan izin Tuhan...ruang
kosong itu juga hilang dari ruangan rahimnya.

Adalah  perkara  biasa bagi bangsa jin  yang cuba
menyembunyikan  sesuatu  penyakit buatan atau
penyakit sebenar terutama dalam bahagian perut.

Maka  kadang-kadang  berlaku.... terutama  bagi 
barah...yang  hanya  dapat dikesan ketika dalam
peringkat parah.

Sebarang pembengkakan samada bawah kulit atau
dalam badan dan  sebagainya...sebaiknya ' dapat 
pengesahan  ' bahawa   tidak  ada  kaitan dengan 
gangguan atau ulah jin...

...dan begitu pula sebarang luka atau  rasa  luka 
dalaman  yang  tidak  dapat  dikesan  oleh pihak
hospital akan puncanya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan