Jumaat, 31 Januari 2014

Bengkak Rumah Jin...

Mulanya  ada dua bengkak..apabila ianya
hilang...timbul  pula bengkak baharu pada
belakang pinggang kirinya...

Dalam keadaan menutup mata Sp beritahu
ia  ternampak  sepohon pokok kayu besar
di penuhi akar yang melilit juga berjuntai.

Dan Sp melihat satu lembaga seperti wanita
berambut panjang berpakaian serba putih...

Lembaga  itu  mengekorinya  dari rumahnya
di  kampung ...tapi  tidak  masuk  ke  dalam 
rumah kakak saya...makhluk itu sedang ber-
legar-legar di luar...

Ketika  masih  di  rumah kampung tadi...se-
orang  anak  buahnya yang berumur 4 tahun
berkata  pada  Sp..."saya  takut  tu  hantu di
belakang pakcik"...ternyata kanak-kanak itu 
bercakap benar...

Apbila  Sp  menumpukan  perhatian  pada
bengkak dibelakang pinggangnya...Sp mem-
beritahu ada sebuah rumah besar dalam 
bengkak tersebut.

Pemiliknya adalah lembaga yang sedang ber-
legar-legar di luar rumah...

Saya letak tapak tangan atas bengkak itu dan 
membaca Suroh Inshiroh 3 kali...Sp melihat 
rumah itu bertukar menjadi pokok besar tadi.

Saya menekan tapak tangan perlahan-lahan 
berserta pernafasan zikir dan membayangkan
tapak tangan saya masuk ke dalam bengkak-
nya...

...kemudian menyapunya dengan cepat niat
membuang pokok tersebut...

Dengan  izin Tuhan...pokok  itu  juga  tidak
kelihatan lagi...

Pada gerak hati Sp jin itu tinggal pada pokok 
besar tersebut  yang terletak di tepi jalanraya
...namun Sp tidak ingat tempatnya  kerana ia 
sering pergi ke berbagai  tempat  demi tugas-
nya.

Jin itu jatuh cinta kepadanya...dan Sp sendiri 
tidak tahu apa sebabnya...

...tapi  saya sudah nampak sebabnya...cepat-
cepat saya menyuruh Sp membuka mata...

Saya mengesan Sp tadinya mula mengalami 
kesukaran untuk membuka mata juga mulut-
nya...

...kerana...ada jin dalam badan Sp mungkin 
ianya jantan...dan jin itu mula cuba merasuk-
nya...

Banyak kes...orang masuk hutan...dan pulang 
di ekori jin baharu...kerana ada jin dalam
badannya...

Pada  pendapat saya...angin  bisa  jin dalam 
badan buat kita kelihatan cantik atau tampan 
pada pandangan jin....atau sebenarnya...jin 
luar itu jatuh cinta pada jin dalam badan kita.

Wallohu a'lam

11 ulasan:

  1. As salam tuan,
    Bengkak yang berpindah2 itu penempatan jin atau angin bisa?Pada kbiasaannya bila kita urut tmpt bengkak itu,bengkak itu akan beralih tmpt d anggota tubuh badan,jadi adakah jin itu jenis jin yg tahan lasak?
    Semasa sy cuba scan kakak yg mgalami sesak nafas pada petang klmarin tiba2 ada satu lapisan aura diseluruh tubuh kakak saya menyebabkn sy tersekat2 mnahan nafas. Sy teruskn bacaan rukyah dan pnafasan untuk memecahkn lapisan aura di badan kakak saya tetapi mungkin tidak bkesan lalu sya bhenti dari bacaan rukyah namun sy niatkn agar aura terus myerang benteng itu. Saya tanya pd kakak ada rasa apa2 kmdian ia mgatakn tiada apa2..Tiba2 kedua tangan kakak jatuh krn lenguh dan berat dan ada sedikit rasa karan.Mungkin kah benteng aura jin itu tembus ataupun jin itu tertipu krn sy telah bhenti mbaca rukyah dan berbicara dgn kakak kmdian aura api yg sya niatkn itu terus btindakbalas.Wallahualam.
    Mohon tuan junied beri pencerahan.

    BalasPadam
  2. sambungan..
    lapisan aura yg muncul itu, sy dpt rasakan dgn jelas sekali tetapi bukan dilihat dan itulah kali pertama sy alami sdemikian..kakak mberitahu juga mrasakn ada sesuatu myelubungi.

    wasalam

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Biasanya ia tanda utama bengkak gangguan
    iaitu tempat sakit atau bengkak berpindah-pindah tempat tanpa sebab munasabah...

    2. Secara teorinya...ia bukan jin tahan lasak...
    tapi jin degil yang banyak dalih atau tipu mus-
    lihatnya...

    Kalau ia lasak...maka jin itu pastinya tak akan
    berpindah-pindah atau 'lari' mengelak serangan.

    3. Biasanya ada dua sebab aura jin menyelu-
    bungi badan kita...iaitu...

    a. Jin itu cuba melapisi badan kita...dan biasa-
    nya kita akan rasa tubuh kita berubah...ber-
    lapis atau menjadi besar...

    b. Ia adalah perisai jin sebagai pertahanan ke-
    pada dirinya juga badan yang dimasukinya
    terhadap serangan...

    4. Apabila kita berhenti menyerang atau me-
    rawat...tapi kita niatkan serangan atau rawa-
    tan kita itu masih berterusan...maka aura
    kita akan terus menyerang atau merawat.

    5. Biasanya tangan jatuh itu tandanya perisai
    jin itu telah pecah dengan izin Tuhan...

    Boleh jadi dari sebab niat kita terus menyerang
    juga apabila kakak itu bercakap dengan saudara
    maka perhatiannya dari pada tumpuan kepada
    kehadiran aura itu terputus dan beralih...

    ...maka kekuatan jin itu menjadi lumpuh serta
    merta...

    Perhatikan...apabila kita asyik melayan atau
    menghayati gangguan jin pada kita...bererti
    kita tanpa sedar menguatkan gangguan ter-
    sebut melalui 'aura perhatian kita'...

    Antara kelebihan tenaga dalam...apabila
    kita katakan akan menyerang sesuatu jin
    maka pada ketika itu juga aura kita men-
    yerang jin tersebut walaupun kita sangka-
    kan kita belum mula lagi...

    Atau kita katakan...saya memasang perisai
    api dikeliling badan saya... maka pada saat
    itu juga pada pandangan jin perisai api
    telah terbentuk dikeliling badan kita...atau
    badan orang lain jika itu yang kita ucapkan.

    Saya panjangkan pesanan Yang Berbahagia
    Tuan Guru Utama Ustaz Muhammad Abdullah
    pada rakan-rakan yang baru ambil ijazah
    amalan...mula dari hari ini...jangan sekali-kali
    kamu bercakap sembarangan...

    Setakat yang saya fahami...kerana apa juga
    niat apalagi ucapan kita akan menyebabkan
    aura kita mula bertindak tanpa kita sedari...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..

    Ada sedikit perkongsian mengenai perkara yg sering diperdebatkan oleh alim ulama dan kiyai di tanah jawa. Iaitu mengenai latihan utk mendapatkan tenaga dalam/reiki/kundalini/ilmu hikmah/tenaga ilahi/ tenaga roh.

    Banyak topik yg sering diperbincangkan diantaranya "puasa putih" yg dipersoalkan sama ada ibadah@bidaah kerana walau pun niat utk puasa sunat tapi tujuan utk mendaparkan kelebihan tertentu spt kasyaf mata batin atau membangkitkan aura.

    Dengan kaedah puasa yg mengikut ajaran hindu yg ada pelbagai pantang dan syarat spt tidak boleh makan binatang bernyawa@makanan tertentu @cuma mkn nasi putih shj. Dicipta pelbagai alasan utk 'mengislamkan' amalan tersebut.

    Maka kelebihan yg didapati selepas amalan tersebut boleh dipersoal. Sama ada kurniaan atau pun campur tangan jin yg sudah tentunya dari golongan level tinggi. Yg kebal dengan bacaan ayat2 suci yg kita bacakan. Dikatakan jin yg bjaya menyusup masuk dari amalan ibadat yg tidak disyariatkan lebih kuat berbanding jin yg masuk dari amalan ritual yg terang2 sesat.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan Um,
      Sy ucapkn terima kasih dgn perkongsiaan tuan mgenai mperkenalkn ilmu haq dan tasawuf pd ulasan2 yang lalu.Apabila sy mpelajari dgn seorg ustaz dan pmbacaan buku ternyata byk faedah dan kberkesanaan dlm ilmu rawatan namun baru stgh kerat sy pelajari byk pkara baru sudah sy ketahui.
      Ada mgkin sesetgh perawat masih blm kuasai ilmu ini, sbb tu lah dikatakan masih ada musuh dlm diri iaitu 'nafsu' meskipun bgelar perawat handal.Wallahu'alam.

      Ada seorg rakan btanya mgenai pcampuran ilmu dlm pguruan yang berlainan..Maksudnya, rakan ini mahu mpelajari pguruan lain dan tp beramal bsama2 amalan pguruan lama.Apa pendapat tuan?Adakah bole tbatal pguruan lama skiranya guru xmgetahui?
      Wasalam.

      Padam
    2. Waalaikumsalam..

      Ikut pengalaman sy. Sy da jumpa ramai perawat handal samada yg menggunakan cara tradisional atau methode rukyah syariah tetapi agak kurang pengetahuan atau kurang minat mendalami bidang agama.

      Ilmu tassauf hukumnya fardu kiyafah jd terpulanglah utk belajar atau tidak. Tp ia sangat membantu dlm memahami dan menjiwai setiap amal ibadat yg kita buat setiap hari. Contohnya ramai org solat tp solat yg dilakukan tidak dpt mencegah mereka dari melakukan kemungkaran. Jadi kena muhasabah diri selalu. Pesanan utk diri sendiri juga.

      Ramai juga perawat islam yg wirid dan amalan harian mereka hanya menjurus kepada ilmu rawatan yg dipelajari dari guru mereka. Manakala wirid2 dan amalan yg dicontohkan nabi s.a.w yg tiada kaitan dengan rawatan tidak menarik minat mereka untuk diamalkan. Amalan sunnah sangat banyak. Kalau mampu amal semua. Kalau tak mampu jangan tinggal semua.

      Tiada masalah amal ilmu dari pelbagai perguruan. Hati2 dgn guru yg melarang murid mengamal ilmu dari perguruan lama tanpa sebab yg munasabah. Dikhuatiri ada pengaruh jin setan. Sbb amalan yg murni dari Al Quran dan hadith sepatutnya digalakkan dan bukannya dilarang atas pelbagai alasan yg mengelirukan.

      Waulahu A'lam..

      Padam
    3. Salam tuan Um,
      terima kasih atas ulasan itu.
      Sya dua kali bertemu dan bersembang dgn ustaz kssafar, dan beliau suda beri green light utk pgijazahan.Sy rasa mungkin ada peningkatan aura mdadak scara plahan2 wlp blm belajar.Wallahualam,mohon tuan beri pcerahan.

      Padam
    4. Wslm..

      Biasala tu. Dlm islam kita digalakkan berkumpul dgn org2 soleh. Tak kira siapa dia. Kawan ke saudara ke guru ke. Yg penting org tu selalu mengingatkan kita kepada Allah. Boleh rujuk hadith2 pasal kelebihan bergaul dengan org2 soleh dan bahaya org yg xikut mana2 jemaah.

      Padam
  5. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Alhamdulillah...terima kasih tuan-tuan atas
    segala perkongsian yang boleh kita katakan
    sebagai antara perkara yang menjadi persoalan
    atau perdebatan sepanjang zaman...

    ...dan mudah-mudahan tuan UM dan saudara
    Js Sl dapat mengongsikan lebih banyak lagi
    ilmu semoga dapat memberi manafaat pada
    saya dan rakan-rakan pembaca lain di mana-
    mana juga...Insha Allah...

    BalasPadam
  6. As salam tuan,
    Sakit yg spontan di pinggang tembus ke perut itu gangguan ataupun serangan jin?
    Sudah dua kali sy mgalami situasi itu bila mmandu kereta melintas d satu kwsan slpas waktu asar.Sangat sakit tp dlm bberapa minit sahaja dan hilang tanpa dibaca apa2 rukyah.
    Mohon pencerahan tuan.wasalam

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia biasanya serangan jarak jauh jin...bagi kita
    ia angin bisa..tapi bagi jin...ia adalah senjata
    dan biasanya tombak...

    Salah satu daripada kelebihan tenaga dalam
    ini...aura kita akan terus bertindak merawat
    dan menghancurkan gangguan walaupun kita
    tak niatkan...

    Begitu juga...ia adalah dari keberkatan zikir
    dan ayat-ayat Qur'an...menjadikan aura kita
    berbisa pada jin...dengan izin Tuhan...

    Mungkin senjata itu hancur...atau tercabut...
    maka hilang sakitnya dengan izin Tuhan...

    Dan boleh jadi pula...senjata itu lebur sebe-
    lum sampai pada kita dengan izin Tuhan...

    ...atau aura kita menyerang jin tersebut ke-
    tika makhluk itu mula berniat jahat pada
    kita...iaitu bergantung kepada amalan serta
    bentuk pertahanan yang kita pasang siapkan
    dengan izin Tuhan...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam