Isnin, 5 Ogos 2013

Jin Ikut 'hp'?...9N

Perlahan-lahan  jari-jari  tangan  berkuku
panjang itu  membenam  ke dalam daging
belakang  bahunya...kemudian  tangan itu
mencengkam...' tak terkate sakitnye '...

Namun itulah yang ditanggung oleh Jdn
sejak beberapa tahun lalu...hingga ianya
menganggap keadaan itu suatu 'kebiasaan' 
baginya...

Ia bukan sepanjang masa tapi cengkaman
dari tangan yang tidak kelihatan itu akan 
datang tak kira masa...siang atau pun 
malam...

Suatu ketika apabila cengkaman itu terasa
Jdn telah menelefon ( dengan telefon
bimbit dari labuan )seorang rakan di Ranau.

Semasa mereka sedang berbual...tiba-tiba
Jdn terasa cengkaman itu hilang dari
belakangnya...dan serentak itu rakan di
Ranau...seorang ibu menjerit dan meraung
kesakitan...

Ibu itu dapat merasakan ada tangan men-
cengkam daging belakang bahunya...

Dalam keadaan yang mencemaskan itu...Jdn
menjerit dalam telefon..." balik kau tempat
saya...bukan di sana tempat kau !"

Serentak itu cengkaman dibelakang si ibu
hilang...dan kembali kebelakang Jdn...

Semasa cuti...saya berjumpa dengan Jdn di
Ranau...dan bersama-sama saya juga ialah
adik perempuan saya yang menjadi perawat
di pantai timur Sabah...

Jam 10 malam di kaki lima depan surau...tiba-
tiba tangan yang tidak kelihatan itu mencegkam
belakang bahu Jdn...dan ia meminta saya
melepaskannya...

Saya guna kaedah cubit cabut...tapi ternyata
gangguan itu yang datangnya dari dalam badan
itu menghilang...tapi kemudian Jdn mengadu
sakit pada bahagian bawah rusuk kanannya...

Apabila saya cuba menarik keluar melalui kulit
benda itu menghilang lagi...tapi adik saya dapat
mengesan laluan masuknya iaitu pada kaki
kanan...

Ia mengurut-urut pada bahagian tersebut lalu
menariknya keluar...

Ketika itu juga Jdn menggeletar kesejukan...
terasa seperti ada ais dalam badannya...

Saya meletakkan tapak tangan kanan atas
ubun-ubunnya lalu merukyahnya lebih kurang
dalam masa 15 minit...

...wap-wap panas keluar dari ubun-ubunnya
mula-mula agak banyak kemudian semakin 
berkurang dan hilang...

Jdn beritahu rasa sejuk itu tidak terasa lagi...

Ia pernah meminta rawat beberapa tahun lalu
pada seorang rakan...tapi apabila ia merasa 
kesejukan rakan itu tidak dapat menarik 
keluar angin bisanya...

Tiga hari kemudian barulah ia pulih setelah
minta rawat pada seorang rakan lain...namun
gangguan itu tetap berterusan sampailah kini.

Nota

1. Rasa panas atau rasa sejuk dalam badan 
tanpa sebarang punca atau sebab munasabah
biasanya dari sebab adanya angin bisa jin...

2. Ada angin bisa jin...biasanya bererti ada jin 
keluar masuk..atau tinggal tetap dalam badan.

3. Jin dan angin bisa keluar...biasanya bererti
penyelesaian sementara...

...sedangkan selagi jin itu hidup atau bebas...
jin itu pasti akan cuba masuk semula...maka
gangguan dan kesannya berulang pula semula.

4. Kalau pun jin itu ditangkap kurung...atau
dapat dibunuh...kesan laluannya yang masih 
terbuka...biasanya akan menarik kehadiran
jin lain...samada yanga da kena mengena 
dengan jin asal..atau malah jin liar sekalipun.

5. Jin akan sebati dalam badan secara per-
lahan-lahan dan berperingkat...maka rawatan
serta proses kesembuhan biasanya juga akan
perlahan dan berperingkat...

Umpama demam...makan ubat...demam akan
beransur-ansur pulih...dan bukannya serta
merta...

6. Sembuh serta merta tidak mustahil...tapi
ia biasanya masih ' suatu keajaiban '...

7. Antara ' kesilapan' seorang pesakit ialah
sakitnya sudah lama tapi mahu sembuh serta
merta...

Ia menyebabkan seseorang itu meninggalkan
perawat yang mungkin serasi dan mencari
perawat lain...dan apabila tidak sembuh
serta merta...ia cari lagi...

Seringkali sikap ini yang menyebabkan sese-
orang itu akhirnya terjerumus dengan perawat
guna jin...

8 Asal usul jin tersebut...adalah ilmu penggerun
yang diturunkan oleh datuknya sebelum datuk-
nya tu meninggal dunia...

' Memang mujarab '...tapi kalau sudah jin...jin
juga perangainya...dan kini...ternyata benda itu
tidak akan melepaskannya lagi...

9. Kalau anda pada tempat datuknya...pertama
anda menanggung dosa kerana menjerumuskan 
cucu anda ke dalam lembah syirik...

...dan kedua...cucu anda itu juga akan minta per-
tanggngjawab anda atas apa juga kesan buruk
yang ia terima dari perbuatan anda itu selama
hidupnya...

...selain itu ia akan menyalahkan anda kerana 
menyesatkannya dengan ' ilmu ' anda ...

Wallohu a'lam

8 ulasan:

  1. As salam wtb Tuan, jika seorang yang diganggu atau berdamping jin saka kemudian bertandang ke rumah jiran, adakah jin yang berdamping atau mengganggu orang itu turut mengganggu penghuni di rumah jiran itu?Mohon pencerahan tuan.

    Jika didapati Jin pendamping/pengganggu orang itu membuat 'kacau' di rumah jiran itu, bagaimanakah cara untuk mengatasi gangguan jin itu dengan menggunakan kaedah rawatan islam terutamanya menggunakan kaedah pernafasan?

    Bolehkah jiran itu menyerang jin didalam badan orang tersebut tanpa disedari oleh tuanpunya badan?Bagaimanakah caranya?

    Diharap ada pencerahan dan mudah-mudahan tuan blog dirahmati oleh Allah swt atas perkongsian ilmu ini. Terima Kasih
    Wasalam.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Boleh...dan biasanya ia bergantung kepada perangai
    jin yang berkaitan...ada yang suka mengganggu...dan
    ada yang rasa cukup sekadar ikut tuannya...

    ...tapi ada juga ' tuan' yang nakal...dan sengaja nak
    buat 'kacau' dengan jinnya...

    2. Sebaik-baiknya buat pagar rumah...maka boleh jadi
    jin yang ikut sekadar tunggu tuannya di luar rumah...
    atau apabila jin itu masuk...jin itu rasa tidak selesa atau
    jadi lemah...atau terkunci dan sebagainya...

    3. Caranya sama seperti cara rawatan biasa....dan se-
    baik-baiknya beri minum air doa ahli keluarga yang
    diganggu kerana biasanya gangguan spontan tidak
    akan dapat bertahan kuat...

    Kalau cara doa...baca Fatihah sekali dan Ayat Kursi
    dengan ayat akhirnya ulang 11 kali..tiup pada yang
    diganggu...

    ...kalau dengan pernafasan...caranya tidak terhad...
    terpulang kepada daya kreativiti juga latihan masing-
    masing...

    4. Boleh...antara caranya...baca Fatihah kemudian
    ayat Kursi dengan meniatkan menghalau jin yang
    mengikutinya...atau baca ayat ayat 44,45,46 Al
    A'rof sambil niat menghalau atau melemahkan
    jin tersebut...

    Kalau dengan pernafasan..boleh guna bacaan yang
    sama kemudian diikuti oleh pernafasan untuk mem-
    pertajamkan lagi kesannya...

    ...atau kalau guna kaedah pancung..pukul...humban
    keluar dan sebagainya...maka niatkan sasarkan jin
    yang mengekori dan tidak kepada tuannya...

    Bagaimanapun...kalau angin bisa jin itu padat dalam
    badannya...atau sengaja ia puja atau pelihara dalam
    badan...maka kemungkinan besar tuannya akan
    turut rasa kesannya...

    ...maka cara baca dan pernafasan saja mungkin lebih
    sesuai daripada menyerang dengan gerakan...

    ...Amiin...yang baik itu dari Tuhan...terima kasih...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. As salam..

    Sy juga pernah alami kejadian lebih kurang serupa. Jin memang bole bgerak melalui gelombang telefon. Waktu sy sedang telefon kawan yg minta dirawat. tak lama lepas tu anak sy mengadu sakit perut sembelit. Dkt 2 jam juga. Ingatkan sakit biasa. Malas nk scan. Tapi bila di scan ada aura hitam dlm perutnya. Bila dicari puncanya dari jin yg ganggu kawan tadi. waktu rawat terus termuntah2. Tapi kira spesis jin bacul. Masuk dlm jasad tinggalkan aura kotor terus cabut keluar.
    Tapi bukan setakat gelombah telefon. Malah jin juga boleh bgerak guna gelombang tv, internet dan gelombang fikiran manusia.

    Bole minta email ke. Insyallah akan ke ranau.
    -sirna purnama-

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa alaikum salam wbkth sp...

      Saya minta maaf banyak-banyak sp...saya
      belum bersedia siarkan alamat email
      secara terbuka...

      Terima kasih atas perkongsian pengalaman-
      nya...

      Padam
  4. Salam Tuan, jika jin boleh ikut melalui gelombang H/p. Boleh kah kita menyalurkan gelombang tenaga dalam melalui H/phone dengan tujuan rukyah?

    Saya pernah melihat seorang rakan meminta bantuan dengan seorang "ustaz" melalui percakapan h/phone untuk merukyah isterinya yang sukar bersalin dengan meletakkan h/phone nya yang masih ON di atas botol air mineral sementara dibacakan rukyah oleh "ustaz" untuk diminum oleh isteri rakan itu. Dan alhamdulilah, isteri rakan itu dapat bersalin dengan baik. Minta tuan, dapat memberi pencerahan.

    Menurut rakan itu, "ustaz" tersebut hanya membacakan surah yasin sebagai rukyahnya. Tapi saya dapati, tidak sampai 10minit pun dibacakan surah yasin itu. Bagi pendapat tuan, untuk menggunakan surah yasin sebagai ayat rukyah, bolehkah surah yasin itu disingkatkan?
    Terima Kasih
    Wslm.

    BalasPadam
  5. As salam..

    Sekadar perkongsian. Pergerakan jin memang sgt cepat kerana xterbatas dgn jasad kasar. jasad manusia paling laju pun 10-15meter sesaat. Tapi kemampuan roh kita utk bgerak adalah melebihi kelajuan cahaya.

    Rukyah melalui hpon hanya ikhtiar. Xguna hpon pun bole. Yg penting kusyuk/tumpuan/kosentrasi. Pelbagai istilah digunakan. Ada yg panggil kekuatan rohani, aura, minda bawah sedar dll. Jika dpt mghayati & memahami segala sifat Maha yg ada pd Allah. Maka ruang&waktu tidak menjadi persoalan. Kerana yg melakukannya adalah Allah bukannya kita.

    Sy percaya bkn semua ayat dibaca oleh ustaz tu tetapi hanya beberapa ayat yg dicantum atau diulang2. Xda masalah selagi dibaca sepotong ayat lengkap. Yg jd masalah jika dicampur aduk hingga lari maknanya. Al Quran itu mukjizat. Setiap surah setiap ayat setiap huruf adalah mukjizat. Beruntungnya umat nabi kesayangan Allah. Mukjizatnya dpt diguna hingga hari kiamat. Malah dpt memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  6. salam tuan,rupa-rupanya roh manusia lbh kuat dan pantas bbding dgn jasad jin ini. bagaimana nak sebati dengan roh sendiri,ada apa-apa yang info boleh dikongsi?

    Ada seorang rakan memberitahu boleh nampak roh sendiri dalam keadaan separa tidur,dan boleh mengawal tindak tanduk melalui kata hati..pendapat tuan?
    wslm.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Sebenarnya memang jasad kita sangat sebati
    dengan roh...

    ...sebab itu peritnya maut...iaitu proses pem-
    isahan roh dari jasad kita...

    Cuma persoalannya...bagaimana caranya agar
    kita dapat mempergunakan kelebihan roh se-
    cara lebih banyak daripada biasa...

    Ilmu pernafasan itu salah satu daripada cara-
    nya...dan ia antara cara yang paling mudah
    dan yang lain mungkin masih banyak
    kaedahnya...wallohu a'lam...

    Namun yang terbaik adalah mengenal Tuhan
    ...mengenal diri...mendekatkan hati dan diri
    kepada Tuhan...menguasai nafsu diri...sen-
    tiasa bertawakkal kepada Tuhan...dan
    sebagainya...(semoga ada rakan-rakan lain
    yang mahu berkongsi ilmu...)

    Pada rakan itu...boleh jadi rawannya...atau
    boleh jadi gangguan...sebaiknya jumpa
    orang yang pakar....

    Terima kasih Umat Muhammad atas perkongsian-
    nya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam