Sabtu, 30 Mac 2013

Sayu Tanda Saka...3N

Semasa dirukyah...tiba-tiba mata rakan
tersebut  menjadi  merah....dan  hampir
sahaja  air  matanya  menitis tapi cepat-
cepat disapunya dengan sapu tangan.

Ternyata  rakan  itu  sendiri  tidak  tahu

sebabnya tiba-tiba ia merasa sedih pilu.

3 Nota .


1. Rasa sedih sayu semasa dirawat atau

dirukyah  adalah  tanda besar anda ada 
jin saka...

Rasa sedih sayu itu juga menunjukkan

bahawa jin tersebut  sayang kepada
anda dan tidak sanggup atau tidak rela 
berpisah dengan anda...

Mungkin juga jin itu menganggap ia ada-

lah pelindung anda...tapi setakat yang
saya fahami...jin ( yang biasanya ' bengap ' 
itu ) tidak sedar bahawa kehadirannya se-
baliknya menyusahkan manusia ' jagaan-
nya '...

2. Rasa sedih sayu itu kerana jin tersebut

merasakan rawatan tersebut berpotensi
untuk memisahkan ia dari manusia yang
' disayanginya '...

...dan anda turut merasa sedih sayu dari

sebab ada angin bisa jin tersebut dalam
bahagian dada anda.....iaitu anda dapat
merasakan kesedihan jin tersebut...

Begitu  juga.....kalau  anda  ada amalan

pendinding dan anda sering merasa sedih
sayu tanpa sebab munasabah...

...maka mungkin kesan amalan tersebut

membawa jin itu ke saat-saat yang sukar
di mana jin itu merasakan anda cuba
menjauhinya...

...atau menyebabkan ia sukar mendekati 

anda...

3. Adapun risiko dari kasih sayang jin

ini...apabila anda sendiri beramal atau anda
minta rawat sehingga jin itu semakin sukar 
mendekati ( mungkin jin itu terasa ' di abai-
kan ' )...

...maka sekurang-kurangnya anda akan me-

rasa sedih sayu...atau kalau lebih sikit...
boleh jadi anda rasa seperti nak jadi gila...
atau kalau anda lemah semangat juga suka
memperturutkan perasaan...boleh jadi gila
dari sebab turut ' menanggung ' kesedihan
jin yang biasanya agak terlebih-lebih...

Malah hati  terasa sedih meraung-raung...

adalah  perkara  yang  sangat  lumrah  bagi
rasukan perasaan ini...terutama bila ia-
nya jin saka keturunan...atau apabila
angin bisanya cukup padat dalam bahagian
dada atau kepala...

...malah ada juga jin yang sanggup mem-

bunuh manusia dampingannya daripada
terpisah atau terlepas begitu saja...

...dan biasanya jin itu cuba pengaruh anda 

supaya membunuh diri seperti terjun dari 
tempat tinggi...gantung diri...minum racun 
...minta langgar kereta dan sebagainya....

Satu kisah...jin betina itu mempengaruhi

lelaki manusia yang dicintainya masuk
kedalam hutan hingga dijumpai terbunuh
oleh serangan binatang buas semata-mata
kerana tidak mahu ianya terlepas dan
kembali kepada keluarga manusianya...

Kalau anda suka ikut hati...apa saja boleh

jadi...

Sebaiknya anda fahami...ia bukan per-

asaan anda dan jangan dilayan sangat...

...biarlah jin itu sedih dan menumpangkan 

kesedihannya...apabila angin bisanya 
semakin kurang dalam dada...maka 
rasukan perasaan itu juga akan semakin
berkurang...In-shaa Allah...

Saya masih ingat...seorang rakan meluah-
kan perasaan...rakan-rakannya menasihat-
kan ia berjumpa doktor sakit jiwa kerana
gangguan perasaan yang di alaminya...

...tapi dari sebab ada gangguannya...saya
beritahu...ia tidak ada sebarang 'urusan'
dengan doktor sakit jiwa...sebaiknya 
ia cuma perlu rawatan gangguan jin...

Wallohu a'lam

17 ulasan:

  1. Assalam..

    sekadar perkongsian.
    satu lagi perkara yg perlu diambil perhatian adalah peranan si Qarin pendamping setiap manusia yg berbangsa jin kafir tu. setahu saya qarin ni suka menambah2 perasaan manusia. sama ada kalo marah akan menjadi terlalu marah atau sedih jadi terlalu sedih atau gembira jadi terlalu gembira. malas solat, kalo solat pun suka dihujung waktu, baru angkat takbir terus berkhayal solat sehingga lupa bacaan dan rakaat,susah tidur fikiran berulang2 fikir benda yg sama,kuat berangan dan lain2.

    tugas qarin menghalang dan mengganggu manusia utk buat baik. tugas syaitan(jin@manusia) menggoda dan menghasut kita buat jahat. memang sepadanlah mereka tu.

    ada kes sewaktu merawat org yg terkena ilmu hitam. apabila di bacakan rukyah, jin kiriman akan keluar dari jasad kerana kepanasan. tapi qarin yg selalunya berada di luar jasad akan terus take over masuk dalam jasad. kerana jasad sudah lemah tidak mampu melawan. bacalah apa pun sebanyak mana pun pasti susah nak keluarkan malah diejek dan diulangnya bacaan kita. mungkin sistem imunisasi dia tinggi dan diizinkan berumur panjang. Tp ada kaedah mudah utk keluarkannya dengan izin Allah.

    kelemahan utama qarin adalah istigfar..

    wasalam.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth SIRNA PURNAMA...

    Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsiannya...
    semoga kita semua dapat memanafaatkan rahsia
    besar ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum saudara Junied.
    Kalau saudara masih ingat, sy pernah meminta nasihat dari saudara mengenai jin saka keturunan yg tidak mahu berpisah dgn sy. Alhamdulillah banyak manfaatnya nasihat2 saudara.

    Saudara, sy rasakan sy lemah dan selalu kecundang. Sy cuba beramal seboleh mungkin tetapi asyik tewas. Nampaknya jin itu banyak helahnya. Bila sy konsisten beramal dn tidak tinggal solat, jin itu strateginya lain pula. Dia akan buatkn sy marah n menganggu emosi sy.

    Kadang2 sy seperti tidak tertanggung semua ini kerana sy rasa seperti dikuasai sesuatu. Sy selalu takut2 melakukan apa pun pekerjaan, suka menyendiri dan tiada semangat.

    Belakang badan sy selalu sakit2, berdenyut2, rasa seperti semut2..

    Saudara, boleh tidak sy meminta untuk dibuang saka ini dengan cara yang keras?

    Sy sudah tidak sanggup kerana ia menganggu ibadah wajib sy....

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Syera....

    Sebaik-baiknya bagi gangguan saka di samping ber-
    amal..dapatkan juga rawatan pakarnya.

    Rawatan itu penting untuk memusnahkan lebih
    cepat penempatan juga angin bisa dalam badan
    agar tindakbalas juga tipu helah jin itu semakin
    lemah...Insha Allah.

    Di belakang itu ada penempatan...semut-semut itu
    jin...dan sakit-sakit itu kesan angin bisanya.

    Bagi perawat salah satu cara terbaik adalah dengan
    memusnahkan tempat tersebut dengan di tepuk-
    tepuk dan ditarik atau tolak keluar

    Kalau nak buat sendiri....tarik nafas...tahan...baca
    Ayat Kursi dalam hati sambil tepuk-tepuk setakat
    mana sampai niat hancurkan jin...angin bisa...dan
    penempatannya...kemudian sapu cepat seperti
    membuang debu tapi bayangkan jin dan angin
    bisa itu yang disapu hingga 'terpelanting' keluar.

    Namun kalau ada perawat berpengalaman lagi baik.

    Kita solat dan beramal...yang marah itu jinnya...
    tapi jin itu menumpangkan rasa tersebut dalam
    perasaan kita...lagi marah atau terganggu tanda-
    nya lebih terjejas jin tersebut.

    Kalau maksudnya Syera minta buat rawatan jarak
    jauh...sila maklumkan nanti...cuma saya juga
    sekadar dapat berusaha....pada Tuhan juga kita
    harapkan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Terima kasih atas maklumbalas ini saudara. Agak susah saya mencari perawat di area kota belud ini, saya mengikuti perkembangan ustaz Muhammad imantheraphy di putatan melalui internet namun belum kesampaian ke sana. Lagi pula ustaz sedang umrah sekarang kan.

    saya memang berikhtiar mencari perawat. Smoga Allah temukan saya dgn perawat seperti saudara atau ustaz Muhammad.

    kalau saudara boleh membuat rawatan jarak jauh, bagaimana saya boleh hubungi saudara?

    Terima kasih yg tidak terhingga saudara Junied. Semoga Allah sentiasa memberkati anda.

    BalasPadam
  6. Sama-sama Syera...

    Saya sebenarnya bukan seorang perawat...hanya
    sekadar pengkaji...dan rawatan itu biasanya apa-
    bila secara kebetulan saya melihatnya perlu ter--
    utama kalau tiada perawat lain.

    Untuk rawatan ini juga hanya ikhtiar sampingan
    sebaiknya Syera terus manjaga malan sambil
    berusaha mecari perawat berdepan.

    Saya akan cuba buat rawat bebas pada Syera
    malam ini...Syera cuma perlu sediakan dua
    botol mineral 1.5 liter...dan baca fatihah kemudian
    tiup pada botol tanpa perlu membuka tutup sambil
    niatkan ianya untuk saya buat pengisian mudah-
    mudahan jadi penawar kepada gangguan juga
    sakit yang Syera tanggung.

    Esok jam 6 pagi barulah air ini mula minum...sapu
    muka dan badan terutama pada belakang dan
    tempat sakit.

    Dalam masa yang sama mungkin saya buat peng-
    isian ada Syera...tak perlu bersedia tapi kalau
    tidur malam sebaiknya ambil wuduk terlebih
    dahulu.

    Tidak perlu ada sebarang perhubungan lain....
    hanya saya harap Syera dapat memberitahu
    perkembangannya pada waktu pagi atau
    tengahari....setiap hari ( tiga hari ).

    Saya akan buat dalam 3 malam mulai malam
    ini dan akan menilai samada rawatan serasi
    atau tidak...barulah kita akan tahu samada
    perlu diteruskan atau tidak...Insha Allah.

    Dan nanti renjis air tadi pada 4 penjuru bilik...
    pantang sementara makan buah pisang...
    telur ayam dan daging binatang berkaki 4.

    Insha Allah Syera ya...yang penting jaga
    amalan seperti biasa.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Seperkara yang penting...dalam berusaha kita semua
    sama-sama bergantung harap dan berdoa memohon
    pertolongan...perlindungan dan kesembuhan pada
    Tuhan...semoga apa juga kita ikhtiarkan...mudah-
    mudahan menambahkan lagi rasa pergantungan
    hati kita kepada Tuhan...dan bukannya berpaling
    mengharap kepada sesama makhluk...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 saudara Junied. Insha Allah sy akan bersedia malam ini dan seterusnya.

    Adakah boleh sy gunakan air td untuk campur dalam mandian?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Saudara Junied.
    Alhamdulillah pagi ini badan sy rasa lebih ringan walaupun ada juga terasa panas dan sengal2 di bahagian belakang tapi sakitnya tidak sekuat sebelum ini.

    Semalam, selepas maghrib satu badan sy sakit, seperti ada letupan2 kecil dalam badan, belakang sy sakit menyucuk, rasa seperti panas dibakar. Kaki sy lenguh seperti berjalan jauh.

    Tq saudara. Email sy, syerashahira24@gmail.com

    BalasPadam
  10. Saudara, saya sudah merenjis bilik dengan air rukyah. Skrg ni, setiap kali sy masuk ke dalam bilik, badan sy jadi sakit dan rasa kepanasan.

    Ya Allah...semoga Allah terus berikan sy kekuatan dan istiqamah beramal....

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth Syera...

    Alhamdulillah...dengan izn Tuhan nampaknya ada
    sedikit pekembangan positif...

    1. Boleh campur air mandian...dan boleh sapu pada
    badan.

    2. Letupan itu angin bisa pecah...Insha Allah...
    rasa panas itu tindakbalas angin bisa pada
    pengisian.

    3. kaki lenguh setelah dibuat pengisian....mungkin
    ada 'benda' menumpang padanya.

    4. Bilik itu sudah berpagar...dan secara teorinya
    begitulah jin rasa apabila memasukinya...panas
    dan sakit...

    ...cuma kerana ada benda atau angin bisa masih
    berada dalam badan...maka Syera juga rasa...
    namun bagi jin yang mengganggu rasa lebih
    panas dan sakit...Insha Allah...maka Syera
    banyak-banyakkan bersabar dan bertawakkal.

    Ihtiar mengurangkan kesan tindakbalas...Syera
    ambil air kosong segelas baca salawat 11 kali
    dan tiup kemudian minum serta sapu muka
    atau boleh terus sapu badan...

    Saya akan buat pengisian dua malam lagi hingga
    ahad malam...dan untuk sementara itu saya tak
    akan buka blog memandangkan masa yang
    agak terhad ya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. Terima kasih saudara.
    badan sy semakin ringan, hati sy semakin lapang. Berbanding sebelum ini, hati sy rasa ditutup dengan mcm2 perasaan negatif, suka berfikir yg bukan2 dan bersangka buruk.

    Terima kasih banyak2 saudara Junied. Semoga Allah memberi kemudahan dlm perjalanan hidup saudara menuju Allah..

    BalasPadam
  13. Alhamdulilah...sama-sama Syera...amiin...

    Yang penting sentiasalah jaga amalan...yang berkuasa hanya Allah...tapi bagi kita jangan
    sampai terlalai kerana syaitan tak akan pernah
    lupakan kita selagi kita bernyawa di atas muka
    bumi sementara ini..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sy akn cuba mnjaga amalan saudara. Terima kasih ats bantuan saudara..Smoga Allah memudahkn urusan saudara di dunia dan di akhirat...

      Padam
  14. Amiin...Insha Allah...sama-sama Syera...

    Dan ruangan ini terus terbuka atas apa juga per-
    kongsiannya ya...

    ...semoga Tuhan merahmati dan memberi ke-
    berkatan dalam hidup kita dunia akhirat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam