Selasa, 16 Oktober 2012

...Apabila Jin Bercakap (02)....

Seorang  ibu  menceritakan....sebaik saja
iparnya suami isteri balik dari berjumpa
seorang perawat...ibu itu perasan sangat
mereka tidak mahu menjamah masakan-
nya seperti biasa malah masak baru
untuk mereka...

Esoknya masakan si ibu tadi mereka beri
makan pada ayam...

Dari seorang rakan akhirnya ibu itu tahu
ada antara orang yang di rawat oleh per-
awat yang berkenaan kerasukan...

Jin yang merasuk itu memberitahu si ibu
itu mencampurkn darah babi ke masakan-
nya untuk menundukkan mereka se-
keluarga kerana tamak kepada harta....

Setakat saya tahu.....jin itu bercakap
bohong tapi jin itu memang pandai men-
gambil kesempatan dari kebencian dalam
diam-diam mereka kepada si ibu tadi...

Saya sering menemani guru (pkt 2) yang
juga rakan (ust Salehuddin) merawat...dan
dulu saya selalu harapkan pesakit yang
dirawat akan kerasukan...

...hinggalah saya tahu 'tak ada harapan'...
apabila Ustaz beritahu saya ia sengaja
mengunci pesakit agar tidak dirasuki
dan bercakap...

...buat apa bagi bercakap kalau sekadar
berbohong dan memfitnah ? kata Ustaz.

Saya setuju dengan ustaz...tapi bagi saya
pula ada sikit masalah.....hampir-hampir
jin tidak pernah bercakap kalau saya yang
rukyah....

Setakat saya tahu...saya tidak tahu teknik
mengunci..tapi saya cukup meluat tengok
jin merasuk dan bercakap...

Sepanjang yang saya pernah lihat...jin itu
akan mencampur adukkan antara yang
benar dan yang salah...dan tidak kurang
yang hebat berlagak seperti wali-wali
atau orang-orang alim...

Malah yang menipu dalam rawatan pun
banyak...kononnya nak keluar tapi se-
benarnya bersembunyi dalam badan atau
pada kaki tangan pesakit...dan sebagainya.

Setakat yang saya fahami...kalau anda
suka bercakap dengan jin merasuk...anda
akan jadi pilihan utama kelentongnya...
kecuali bagi anda yang berpengalaman dan
memahami taktik jin ini...

Ustaz pernah menceritakan ada anak murid
baru...ia cepat saja merawat orang lain
walaupun telah diingatkan guna untuk diri
dan keluarga dahulu...terutamanya kerana
masih kurang pengalaman...

...namun ia terus merawat orang lain dan
merasa bangga apabila jin yang mengganggu
itu merasuki pesakitnya dan bercakap...

Akhirnya rakan baru itu menelefon ustaz
dan bertanya "macam mana nak buat ni ustaz
sudah berbelas jam jin ini bercakap tapi tidak
mahu juga keluar-keluar !"

...nasib baik saja tempat itu taklah jauh sangat
maka mudah ustaz datang selesaikannya...
dengan izin Tuhan...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan