Jumaat, 21 Oktober 2011

DUNIA MISTERI (17) . . . Jin Hujan ?

Jam 8.30 malam...di rumah seorang keluarga dekat...
salah seorang anak buah lelaki yang baru berumur 11
tahun...sejak petang tadi ia terbaring demam panas
atas kerusi panjang...

Plaster ubat demam dilekat pada dahinya...dan seca-
ra berseloroh saya bertanya padanya...samada ia di-
ganggu jin...dan ia menjawab tak ada...

Saya menyuruhnya menutup mata...dan saya membuat satu
set pernafasan dengan 3 Fatihah senafas...

Ia memberitahu merasa ada gerakan semut dalam lutut
kanannya...makhluk itu berupa lembaga hitam...dan
cuma seekor...

Apabila saya bertanya makhluk itu datang dari mana...
ia memberitahu...dari hujan...

Saya berpendapat ia bermaksud bahawa jin itu adalah
jin yang suka merayau di kawasan yang mana budak ter-
sebut pergi bermain semasa hujan petang tadi...

Ia adalah satu kawasan berhampiran kebun pisang...ber-
paya dan ada beberapa batu serta pokok besar...

Saya menyuruhnya membuka mata...dan budak tersebut me-
mberitahu...'semut' itu dah tak ada...

Saya merasa pelik...tak kan baru setakat kena 'scan'
pun jin itu dah lari...tentu ada muslihatnya...

Saya menyuruhnya menutup mata semula...dan membuat sa-
tu set pernafasan sambil membuat pengisian dengan tapak
tangan dari bahagian lutut hingga ke hujung jari kaki
kanannya...

Anak buah tersebut memberitahu...'semut' itu bersembunyi
di tengah-tengah antara ibu jari dan jari kedua kaki ka-
nannya...

Saya menariknya keluar dengan kaedah cubitan...dan dengan
izin Tuhan benda itu dapat saya tarik keluar...

Jam 11 malam ketika saya meminta diri untuk pulang...budak
tersebut dah kelihatan sihat...suhu dahi dan pipinya dah
normal dan sedang bermain dengan anak buah lainnya...

Tapi saya masih tak pasti samada demamnya itu ada kaitan
dengan jin yang masuk ke dalam lututnya...atau ia sekadar
gangguan sampingan jin yang mengambil kesempatan...

...atau demamnya turun kerana palster ubat demam itu se-
rasi dengannya...

Namun yang pasti...plaster itu 'kurang sesuai' untuk rawa-
tan gangguan pada bahagian lututnya...

CUBITAN TENAGA DALAM ( Cubit Dan Cabut )

Ia seperti kita mencubit seekor semut di atas kulit...dan
mencabutnya dengan dua hujung jari...

Salah satu daripada caranya...

1. Letak ibujari dan jari telunjuk atas kulit...

2. Tekan hujung kedua jari itu perlahan-lahan ke kulit...
sambil menarik nafas...dan zikir Allah...Allah dalam
hati...

Oleh kerana 'semut-semut' biasanya berada di bawah kulit
maka anda bayangkan jari-jari anda itu masuk menembusi
kulit...dan mencubit 'semut-semut' tersebut...

Terus tarik nafas perlahan-lahan sambil membayangkan...
anda terus mencubit 'semut-semut' tersebut...dan cubit
ia lebih kuat...dan lebih kuat...di antara kedua hujung
jari...

Pada peringkat ini..aura kehujung jari anda semakin me-
nebal'...bersamaan semakin kuat anda mencubitnya...

3. Dengan satu tarikan nafas cepat ke dalam melalui hidung
...'cabut' 'semut-semut' itu keluar juga dengan gerakan
cepat serentak dengan tarikan nafas tadi...

Cara lainnya..semasa menarik nafas itu baca Ayat Afahasib-
tum kerana ayat ini ada kelebihan khususnya yang tersendiri
dan tarik nafas cepat berserta gerakan 'mencabut' sebaik sa-
haja anda habis membacanya...

Kalau 'semut' itu belum dapat 'dicabut' keluar...maka ulang
sehingga pesakit merasakan semut itu dah tak ada...

Sekali 'cabut' itu anda boleh tarik keluar lebih daripada
satu 'semut'..contohnya sekumpulan dalam jumlah berpuluh
atas beratus ekor...dan ulang sehingga habis semuanya
dikeluarkan...

Kaedah mencubit ini juga boleh digunakan untuk 'mencabut'
keluar angin bisa melalui liang roma ( kulit )...termasuk
angin panas yang dirasakan oleh pesakit...

Ia juga boleh dibuat dengan lapisan kain agak tebal atas
kulit..contohnya sapu tangan...dan anda 'cubit' kain atau
sapu tangan sambil membayangkan anda 'mencubit semut'
di bawah kulit...

Pada peringkat awal saya biasanya menutup mata dan mem-
bayangkan...tapi bila benda itu dah dibiasakan ( dilatih )
anda tak perlu lagi menutup mata...

Antara tempat 'semut-semut' atau angin panas yang boleh
anda cubit dan tarik keluar adalah pada bahagian jari...
anggota...bahagian kepala...belakang...perut ( termasuk
angin bisa yang menyebabkan perut kembung...sakit atau
rasa panas ) dan sebagainya...

( Termasuk angin panas pada bahagian leher : seorang
rakan memberitahu...seorang perawat mengatakan kepadanya
bahawa lehernya dah teruk dan perlu pembedahan batin
dengan kos rawatan ribuan ringgit...sedangkan ia hanya-
lah jenis angin bisa yang boleh dicubit keluar...dengan
izin Tuhan..)

Iaitu bergantung kepada bentuk gangguan...serta daya
tumpuan anda sendiri...juga amalan dan latihan...

Antara syarat anda boleh menggunakan kaedah ini...sela-
in anda mungkin seorang pengamal tenaga dalam atau il-
mu pernafasan...

1. Anda boleh merasakan perasaan anda seolah-olah berada
pada mana-mana jari...dan pada perkara ini...anda boleh
merasakan perasaan anda itu ada dalam kedua jari terma-
suk pada hujung jari...

Ini adalah kerana...tumpuan perasaan pada jari bererti
anda mengalirkan tenaga ( aura ) pada bahagian tersebut.

2. Anda buat pengisian terlebih dahulu pada pesakit...
dan apabila aura itu meliputi segenap bahagian tubuhnya
ia akan merasakan atau lebih merasakan kehadiran 'semut-
semut'...benda bergetar...cacing-cacing atau sebagainya
dalam tubuh atau anggota...


3. Bagi 'semut ' ( sebenarnya adalah jin yang dengan
izin Tuhan dapat anda kecilkan saiznya seperti semut-
semut...) yang sudah berkubu di bawah kulit...mungkin
anda perlu sedikit masa untuk mencubit ( menghancurkan )
kubunya sebelum makhluk itu anda dapat capai...

Saya pernah mengambil masa 10 minit untuk mencabut cuma
'sekor' semut yang berkubu dalam sendi pergelangan kaki
seorang anak buah...

Dan yang lebih penting daripada latihan dan penghayatan
teknik ini...ialah setakat mana izin Tuhan...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. salam tuan, tima kasih atas penerangan di atas ,bagaimanakah cara hendak membuat kaedah latihan tersebut,dan bila kita dah cabut cubitan (membuat angin jin atau sesemut0 dimanakah kita hendak membuangnya maksud saya adakah kita perlu membayangkan buang sejauh mungkin atau membayangkan angin atau jin tersebut mati bersama dan saya mohon amalkan dan jika ada sebarang kemusykilan nanti akan bertanya dengan tuan tima kasih

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Kilat...

    Sama-sama...silakan...

    ringkasnya latih atas kulit kita
    sendiri...dengan langsung ke kulit
    atau berlapis kain...

    Tutup mata...sambil menekan hujung
    jari ke kulit...dan bayangkan jari
    kita masuk ke dalam...kerana aura
    kita akan bertindak mengikut baya-
    ngan ( ma'rifat )bukan terbatas
    seperti jari...

    Sambil menekan itu...bayangkan jari
    kita besarnya tanpa terhad kepada
    sebarang saiz...

    Sambil menarik nafas itu...kita ba-
    yangkan jin walau sebanyak mana..atau
    angin sebesar...atau seluas mana di-
    sedut ke antara dua hujng jari...

    Apabila kita memicitnya...semua terhi-
    impit di dalamnya...dan ditarik keluar.

    Apa nak dibuat...terpulang kepada niat
    dan ma'rifat...samada jin itu dipicit
    pecah...atau angin tersebut musnah...
    atau jin itu hanya ilmunya lumpuh tak
    berdaya nak masuk semula...

    Boleh dibuang ke mana-mana...contohnya
    ke udara bebas...atau tutup mata dan
    bayangkan kita berada disuatu tempat
    lain dan lepaskan...

    Dan sebagainya...

    Insya Allah...Kilat boleh bertanya
    bila-bila masa juga...kalau saya
    tahu...semoga kita dapat berkongsi
    ilmu...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikt Tuan.
    mohon izin mengamalkan dan menggunakan teknik cubit dan cabut tenaga dalam ini.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth saudara...Alhamdulillah
    silakan...semoga bermanafaat dengan izinNYA...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam