Selasa, 31 Mac 2015

...Teknik ' Pemutus Jin '...

Ada angin bisa jin pada bahagian kepala ibu tersebut
dan laluan bisa itu menjalar ke seluruh tubuhnya.

Sudah 3  hari  ibu itu merasa sakit bisa pada seluruh
tubuhnya seperti baru dipukul dan dibelasah bertubi-
tubi.

Namun apabila ibu yang sedang  menutup  mata  itu
memberitahu  ia  nampak satu  lembaga  aneh ( jin )
kepunyaan seorang bomoh wanita...saya mengambil
keputusan biarlah si ibu merawat dirinya sendiri

Sudah  pasti  gangguan  itu  adalah dari jin tersebut.

Si ibu berbisik sambil meniatkan ia berkata kepada
jin tersebut...mula dari saat ini...saya putuskan  apa
juga hubungan dan pertalian dengan kau...dan saya
tidak izinkan kau mengganggu saya  walau  dengan
apa cara sekali pun...kemudian  ia  membaca Ayat
Kursi satu kali.

Apabila  si  ibu  membuka  mata...ia kelihatan ter-
kejut  apabila  sakit-sakit  bisa  badannya hampir
sembuh sepenuhnya...dengan izin Tuhan.

Nota

1. Cara bercakap dengan jin yang mengganggu
anda adalah dengan niatkan bercakap pada jin
yang sedang mengganggu...

...tutup mata agar anda lebih fokus...

...kerana hanya  dengan  meniatkan sahaja pun....
ia sama seperti  anda  berdepan  dengan  jin  yang
berkaitan...dan  jin  itu  mendengar apa juga yang
anda katakan malah  walaupun  selepas   niatkan
hendak  bercakap...anda   cuma   berbisik  atau 
'bercakap' dalam hati.

2. Lebih baik pula sebelum 'bercakap' anda baca 
fatihah sekali...dan selepas buat pemutus...anda
boleh Baca fatihah 1...3...7 kali atau lebih...atau
Ayat Kursi sekali...3...7 atau 11 kali.

3. Apa  juga anda boleh ucapkan yang penting
maksudnya adalah anda memutuskan apa juga
bentuk  hubungan  sehingga  jin  itu terjauh dan
tidak  dapat  mendekati atau  mengganggu lagi
juga niatkan juga termasauk dari keluarga anda
atau manusia lainnya.

4. Apa pun ia hanya suatu kaedah....dan keber-
kesanannya bergantung pada bentuk gangguan...
keyakinan dan kekuatan tekad dan semangat
anda...

...namun pada asasnya...tidak ada yang dapat 
menolak kemudaratan dan mendatangkan ke-
manafaatan selain  Tuhan yang menguasai  se-
gala makhluknya.

Ia adalah untuk jin tidak kira dari mana juga...
yang  penting  anda  mahu  membuang  atau
memutuskan hubungan dengannya.

Wallohu a'lam

Selasa, 24 Mac 2015

...SESI RAWATAN JARAK JAUH ( IT ) 26 MAC 2015...

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada para
pengunjung yang sudi dan terus menerus mengikuti
perkembangan blog saya yang tak seberapa ini
( blog rnj dan nh ) .

Saya sampaikan juga salam maaf dari Tuan Guru

Utama saya Yang Berbahagia Ustaz Muhammad
Abdullah ( UM ) kerana kelewatan membalas
wassap juga sms dari para pembaca disebabkan
kerana kesibukan rutin harian program-program
rawatan...namun Insha Allah...akan dibalas juga
apabila ada kesempatan.

Saya telah berbincang dan Tuan Guru UM...

dan kami akan mengadakan program rawatan
jarak jauh...memandangkan ramai pembaca
yang minta rawat namun menghadapi masalah
jarak dan masa.

Dengan program ini...anda boleh duduk dalam

rumah atau di mana-mana saja...samada anda
dalam malaysia atau luar negara.

Kaedahnya..kumpulan perawat IT termasuk

UM sendiri akan membuat rawatan dari klinik
atau pejabat IT..dan dalam masa yang sama...
anda yang minta rawat juga duduk beramal
di tempat anda sendiri.

Amalan-amalannya berupa suroh dan zikir-

zikir mudah akan di wassap atau di sms pada
anda lebih awal.

Untuk program pertama...rawatan ini akan

kami adakan pada hari khamis malam jumaat
bersamaan 26 haribulan mac 2015....iaitu
dari jam 9 malam hingga 9.30 malam ( lepas
solat Isya' waktu semenanjung )...Insha Allah.

Kemudian anda akan terus beramal merawat

diri seperti yang telah diberikan...hingga malam
jumaat berikutnya di mana rawatan jarak jauh
akan di buat untuk kali kedua dan ianya hingga
3 malam jumaat berturut-turut.

Pada pengalaman terdahulu...pesakit mungkin

akan rasa pening...muntah atau ke tandas dan
sebagainya...mengikut   tahap   serta   bentuk
gangguan  atau  sakit biasa masing-masing.

Hanya 50  orang  pesakit  akan  diambil  untuk 

setiap sesi  rawatan  ( tiga jumaat berturut-turut )
agar  pemantauan  secara  berterusan dapat
dibuat  dengan   lebih   teratur   pada  setiap
pesakit .

Untuk   program    ini...anda    hanya   perlu

menyumbang  rm350 ( tiga ratus lima puluh
sahaja )  bagi pengurusan umum pusat rawatan
dan  anda bukan sekadar dirawat dan  diberi
amalan merawat  diri  tapi  juga   mendapat
pengijazahan   amalan...dan  anda  mungkin
berpeluang   untuk mengembangkannya....
sekurang-kurangnya untuk merawat keluarga.

Kelebihan   ijazah  amalan  ini  adalah kalau

kita   katakan   ada 10 orang pengamal IT
maka setiap dari kita akan  mendapat doa
dan rawatan secara tidak langsung dari 9
orang rakan lain...dan ini adalah kelebihan
hariannya.

...berbanding  kalau   kita  ambil  amalan-

amalan biasa...setakat  mana amalan kita
maka sekadar itulah bekalan dan kekuatan
kita...tanpa  sokongan  dari   rakan-rakan
lain.

Insha Allah.....kesembuhan  itu  akhirnya

datang dari Allah jua...namun pada adat
kebiasaannya.....sebaik-baik  ikhtiar  itu
akan  membuahkan   sebaik-baik   hasil
dan kesembuhan.

Kepada anda yang berminat sila hubungi

Tuan Guru UM...melalui wassap...atau
sms...

....dan boleh mendaftar secara langsung

untuk Program Rawatan Jarak Jauh sesi
pertama ini....Insha Allah...

Wallohu a'lam

Khamis, 12 Mac 2015

Jin...Celah Antara Isi Dan Kulit...

Makcik itu sengaja melekapkan telefon bimbitnya
pada talinga kiri ketika ia menelefon saya.

Makcik itu memberitahu  ada benda ( jin )  pada
bahagian bawah telinga kirinya itu.

Tubuh jin itu terasa memanjang  turun  hingga ke
bahu kiri....dan terasa berada  di  atas isi tapi di-
bawah kulitnya.

Seketika  kemudian   tubuh jin   mula   menjadi 
pendek hingga terasa tinggal di bawah bahagian 
telinga saja.

Tak  lama  kemudian makcik itu memberitahu
jin  itu  sudah  hilang  tapi  ianya  bukan pergi
sebaliknya hanya sekedar bersembunyi.

Ia  mula  terasa  gangguan  sedemikian sejak 
bertahun-tahun  lalu  setelah  ia  di mandikan 
oleh seorang bekas Imam 

Tanpa ia sedar...dan  saya  telah  menyelidiki-
nya...saya percaya orang yang  memandikan 
itu juga tak sedar bahawa mereka sebenar-
nya sedang '  bermain ' dengan jin.

Setelah minta rawat pada beberapa tempat
gangguan itu berkurangan namun masih ada
'sekor' jin ini yang terus berdegil...

....dan saya berpendapat ianya jin jantan dan 
selain tempat menumpang mungkin ada 
'tarikan lain'.

Sebaik-baiknya kita tak perlu mempertaruh-
kan diri dengan perkara-perkara berkaitan 
' makhluk-makhluk halus ' ini.

Ada satu pendapat 'berbahaya' pada sege-
lintir peminat ilmu perawatan tempatan
iaitu bahawa ilmu itu kalau tak ada ' pen-
yokongnya ' maka tak akan mujarab...

...dan  yang disangka penyokong itu ada-
lah pendamping-pendamping yang sudah
pasti tak ada makhluk lain selain  jin-jin
kafir atau munafik...

Wallohu a'lam

' Keramat Jin ( Syaitan ) ' ?

Apabila makcik itu sedang mengurut adik perempuan-
nya...tiba-tiba ia terbayang dengan jelas punca gangg-
uan yang menyebabkan adiknya bisa-bisa badan...

...iaitu satu lembaga aneh ( jin ) diladang adiknya itu.

Makcik itu menyuruh adiknya membaca Ayat Kursi
berulang-ulang....dan jelas pada bacaan kali ke tujuh
lembaga itu terbakar.

Makcik itu sendiri tidak tahu puncanya bagaimana
ia dapat kebolehan sedemikian....kerana ia tidak
ada sebarang amalan dan tidak pernah menuntut 
sebarang ilmu kebatinan.

Beberapa  bulan  kemudian...anak makcik itu men-
ceritakan...ketika  ibunya  sedang  tidur  pada satu
petang....ibunya  bermimpi  melihat  ular masuk ke-
dalam tubuhnya.

Maka  itu  salah  satu  kemungkinan   puncanya...
iaitu  kerana  ada  jin  dari  jenis ular menumpang 
dalam badannya.

Kemungkinan  ini   perlu  kita   ambil   perhatian...
kerana  mimpi  bagi  kita  adalah  alam   sebenar
bagi bangsa jin...maka ia adalah kejadian di alam 
nyata bagi jin.

Malah  kadang-kadang   mimpi    menjadi   alam
perantaraan   bagi   sebilangan   bangsa  jin yang
mahu    berjumpa  atau   menyampaikan sesuatu
kepada  seseorang   manusia...termasuk  ' me-
lantik '  seseorang    manusia   itu   menjadi  tuan 
baharunya (  jadi  jin  pendamping    dan   bakal 
jadi jin saka ) .

Tanda biasanya  bagi  mimpi seumpama itu ialah 
anda  dapat  merasa dan berfikir hampir-hampir 
sebagaimana ketika sedar...seolah-olah  ia suatu
kejadian nyata bagi anda.

Namun ada kalangan kita yang merasa sesuatu
kebolehan   seumpama   itu   sebagai  suatu  ke-
lebihan atau anugerah dari Tuhan kepada kita

Maka kita menerimanya dengan senang hati tanpa
usul pereksa.kerana merasa ada kelebihan dan 
kedudukan tersendiri di sisi Tuhan  berbanding 
orang lain...

...sedangkan...kita tak  lebih  daripada mendapat
gangguan  dan  tipudaya dari  jin  syaitan  semata-
mata.

Apalagi  kalau  ianya  kita  dapat  setelah beramal 
berzikir...sunat  Tahajjud   setiap  malam   hingga 
sekian lama.....dan    sebagainya...terutama   bagi
anda  peminat  ilmu   mistik  atau beramal dengan
tujuan mencari sesuatu kelebihan semata-mata.

Dan yang pasti...bahawa jin itu sebenarnya telah
mengkaji cara berfikir...sikap dan cita-cita kita.

Wallohu a'lam

Rabu, 11 Mac 2015

Persamaan Antara...Azimat tangkal Qur'an Dengan Tangkal Syaitan...

Iaitu...pada tangkal syirik...jin ( syaitan ) datang dan
mendampingi anda...kerana tangkal itu rumahnya...
kemudian akan menyesatkan anda lebih jauh lagi
juga dengan tangkal tersebut.

Pada tangkal ayat Qur'an...jin ( syaitan ) datang dan 
mendampingi anda kemudian sentiasa menghasut
dan menipudaya anda sehingga anda merasa tangkal
itu berkuasa...atau sebagai sampingan...atau malah
sebagai ganti kepada Allah yang menjaga anda.

Ada orang kata...tangkal itu hanya syarat atau ada
keberkatannya tapi pada Allah juga kita berlindung
kerana tangkal itu tak berkuasa...

....kalau tahu tak berkuasa mengapa di pakai juga...
dan kalau tahu hanya Allah yang melindungi...
maka  apa  perlunya  tangkal  azimat  yang  nyata
hanya membawa kepada kesesatan samada anda
sedar atau tidak.

Betapa ramai orang menyangka ia hanya ber-
lindung dengan Allah..tapi sebenarnya dalam tak
sedar...perlindungan Allah itu telah ia gantikan
dengan perlindungan tangkal azimat...

Wallohu a'lam

... 

Isnin, 2 Mac 2015

' Penyakit Biasa ' Zaman Moden...

Makcik itu ( non Muslim )...kadang-kadang ia terasa
ada sebatang paku masuk dari hujung jari kakinya...

...paku itu akan terasa terus menjalar masuk hingga 
menikam ke jantungnya...dan akan terasa sakit yang
amat sangat.

Kadang-kadang paku itu akan terus ke bahagian
kepala....dan ketika itu kepalanya terasa terbelah
dua.

Seorang rakan...ada masanya ia terasa ada sesuatu
seperti jari-jari berkuku tajam mencakar tangan-
nya...kemudian tangan kirinya itu akan terus me-
nerus terasa sakit pedih seperti ada luka di situ

Pada suatu ketika...semasa dirawat ia dapat me-
lihat ulat-ulat ( jin ) keluar dari tangannya yang
sakit.

Pada kes ini biasanya cakaran itu akan menyebab-
kan 'luka secara rohani'...dan pada penglihatan jin
tangan itu luka dan berulat.

Keroyokan ulat-ulat pada luka itu akan menimbul-
kan rasa pedih berbisa...berdenyut...tidak kelihatan
pada pandangan mata kita tapi bisanya jauh lebih
hebat daripada luka biasa.

Zaman moden...namun semakin banyak penyakit
yang mengelirukan...atau tidak dapat dikesan
oleh pihak hospital...dan ianya sudah menjadi
perkara biasa...bukan lagi perkara atau penyakit
luar biasa.

Wallohu a'lam