Jumaat, 17 Mei 2013

5 SOALAN...

Kisahnya berlaku bertahun-tahun lalu....
dan bermula apabila salah seorang anak 
buah saya memberi nombor telefon saya 
kepada salah seorang rakan sekelasnya
seorang remaja perempuan ( kristian ).

Rakannya itu yang sedang mendalami
agamanya...juga sedang mencari 
kebenaran dalam Islam...dan apabila
anak buah saya tidak dapat menjawab
persoalan tentang Islam yang ia utara-
kan...

...anak buah saya itu minta izin pada
saya untuk memberi nombor telefon
saya kepadanya...maka saya akan
jadi tempat ' pertanyaannya '...

Pada mulanya saya ingatkan mudah...
tapi rupanya si rakan itu seorang yang
sangat kritis...dan menurut anak buah
saya...ia juga seorang yang bersikap 
tegas...

Persoalan-persoalannya...banyak men-
jadi kejutan dan sangat di luar dugaan
bagi saya yang juga sememangnya 
serba kurang tahu...

Dalam suatu proses soal jawab selama
berbulan-bulan...banyak perkara yang
ia tanyakan melalui 'sms'...

...dan antaranya ada lima pertanyaan
yang sempat buat saya 'pening kepala'
sebelum dapat menjawabnya setakat
mampu...

1 ulasan:

  1. As salam ahhl..saya sudahkan adakan tajuk besar
    mengenai persoalan tersebut...dan yang lain-lainya
    saya akan cuba pereksa balik kalau ada yang rasa-
    nya boleh dikongsi bersama...Insha Allah...

    BalasPadam